Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Program Sistem Penalti (PSP) sebagai satu kaedah pengurusan disiplin bilik darjah berdasarkan persepsi guru dan pelajar. PSP merupakan satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan disiplin pelajar. Keberkesa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zainal, Khalim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/515/1/549740__FPP_2004_25.pdf
_version_ 1796965960531312640
author Zainal, Khalim
author_facet Zainal, Khalim
author_sort Zainal, Khalim
collection UPM
description Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Program Sistem Penalti (PSP) sebagai satu kaedah pengurusan disiplin bilik darjah berdasarkan persepsi guru dan pelajar. PSP merupakan satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan disiplin pelajar. Keberkesanan Program Sistem Penalti yang dilihat ialah terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, kekerapan tingkah laku vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Perbandingan keberkesanan bagi aspek-aspek tersebut telah dilakukan dengan Program Disiplin Konvensional (PDK) iaitu program yang digunakan oleh kebanyakan sekolah dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 354 pelajar tingkatan empat dan 100 orang guru di sebuah sekolah yang melaksanakan PSP di daerah Ampang Selangor. Bagi tujuan perbandingan 360 pelajar tingkatan empat dan 95 orang guru di sebuah sekolah yang mengikuti pengurusan disiplin PDK telah dipilih. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik untuk guru dan pelajar bagi kedua-dua sekolah manakala temu bual diadakan terhadap 20 daripada 100 orang guru yang terlibat dengan PSP sahaja. Pekali Cronbach Alpha telah digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Data-data dianalisis menggunakan min dan peratusan bagi melihat keberkesanan PSP dan PDK terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Manakala ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesan berdasarkan persepsi guru dan pelajar terhadap aspek-aspek yang dikaji di antara PSP dengan PDK. Di samping itu rekod disiplin dan rekod pencapaian akademik sekolah yang melaksanakan PSP dan PDK akan dibandingkan untuk melihat keberkesanan kedua-dua program pengurusan disiplin pelajar. Dapatan kajian menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [PSP min = 2.99, PDK min = 3.15]. Ini adalah kerana semakin tinggi min bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum semakin berkesan PSP/PDK terhadap aspek tersebut. Bagi aspek vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain pula semakin rendah min, semakin berkurangan tingkah laku tersebut kesan pengurusan disiplin PSP/PDK. Dapatan menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.79, PDK min = 1.77], ponteng [PSP min = 2.39, PDK min = 2.08] dan datang lewat [PSP min = 2.52, PDK min = 2.03] mengikut persepsi guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (193) = -2.540, p < 0.05], vandalisme [t (193) = 16.707, p < 0.05], ponteng [t (193) = 3.664, p < 0.05] dan datang lewat [t (193) = 6.830, p < 0.05] antara PSP dengan PDK. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek masalah disiplin lain [t (193) = -1.902, p > 0.05] antara PSP dan PDK mengikut persepsi guru. Mengikut persepsi pelajar, PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.06, PDK min = 1.92], ponteng [PSP min = 2.87, PDK min = 2.58], datang lewat [PSP min = 2.41, PDK min = 2.22] dan masalah disiplin lain [PSP min = 2.42, PDK min = 2.26]. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan antara PSP dan PDK terhadap aspek vandalisme [t (712) = 3.949, p < 0.05] ponteng [t (712)= 5.117, p <0.05], datang lewat [t (712) = 4.446, p < 0.05] dan masalah disiplin lain [t (712) = 3.766, p < 0.05]. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara PSP dan PDK bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (712) = - 0.089, p > 0.05] mengikut persepsi pelajar. Berdasarkan rekod disiplin, didapati sekolah yang melaksanakan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin berbanding sekolah yang melaksanakan PDK. Kadar pengurangan salah laku vandalisme (0.1% hingga 0.6%), ponteng (0.1% hingga 8.1%), datang lewat (1.3% hingga 6.0%) dan masalah disiplin lain (0.1% hingga 4.7%) bagi sekolah yang melaksanakan PSP. Manakala bagi PDK kadar pengurangan ialah vandalisme (0.1% hingga 0.3%), ponteng (0.1% hingga 1.9%), datang lewat (0.2% hingga 2.9%) dan masalah disiplin lain (0.5% hingga 3.5%). Kesimpulannya kajian ini menunjukkan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin pelajar berbanding PDK. Ini menunjukkan walaupun PSP menggunakan mata penalti sahaja tetapi keberkesanannya mengatasi PDK sedangkan PDK menggabungkan dendaan dan peneguhan.
first_indexed 2024-03-06T06:53:24Z
format Thesis
id upm.eprints-515
institution Universiti Putra Malaysia
language English
English
last_indexed 2024-03-06T06:53:24Z
publishDate 2004
record_format dspace
spelling upm.eprints-5152013-05-27T06:48:54Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/515/ Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah Zainal, Khalim Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan Program Sistem Penalti (PSP) sebagai satu kaedah pengurusan disiplin bilik darjah berdasarkan persepsi guru dan pelajar. PSP merupakan satu kaedah pengurusan disiplin yang menggunakan mata penalti untuk setiap kesalahan disiplin pelajar. Keberkesanan Program Sistem Penalti yang dilihat ialah terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, kekerapan tingkah laku vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Perbandingan keberkesanan bagi aspek-aspek tersebut telah dilakukan dengan Program Disiplin Konvensional (PDK) iaitu program yang digunakan oleh kebanyakan sekolah dalam menguruskan disiplin bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 354 pelajar tingkatan empat dan 100 orang guru di sebuah sekolah yang melaksanakan PSP di daerah Ampang Selangor. Bagi tujuan perbandingan 360 pelajar tingkatan empat dan 95 orang guru di sebuah sekolah yang mengikuti pengurusan disiplin PDK telah dipilih. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik untuk guru dan pelajar bagi kedua-dua sekolah manakala temu bual diadakan terhadap 20 daripada 100 orang guru yang terlibat dengan PSP sahaja. Pekali Cronbach Alpha telah digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen. Data-data dianalisis menggunakan min dan peratusan bagi melihat keberkesanan PSP dan PDK terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum, vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain. Manakala ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesan berdasarkan persepsi guru dan pelajar terhadap aspek-aspek yang dikaji di antara PSP dengan PDK. Di samping itu rekod disiplin dan rekod pencapaian akademik sekolah yang melaksanakan PSP dan PDK akan dibandingkan untuk melihat keberkesanan kedua-dua program pengurusan disiplin pelajar. Dapatan kajian menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [PSP min = 2.99, PDK min = 3.15]. Ini adalah kerana semakin tinggi min bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum semakin berkesan PSP/PDK terhadap aspek tersebut. Bagi aspek vandalisme, ponteng, datang lewat dan masalah disiplin lain pula semakin rendah min, semakin berkurangan tingkah laku tersebut kesan pengurusan disiplin PSP/PDK. Dapatan menunjukkan PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.79, PDK min = 1.77], ponteng [PSP min = 2.39, PDK min = 2.08] dan datang lewat [PSP min = 2.52, PDK min = 2.03] mengikut persepsi guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (193) = -2.540, p < 0.05], vandalisme [t (193) = 16.707, p < 0.05], ponteng [t (193) = 3.664, p < 0.05] dan datang lewat [t (193) = 6.830, p < 0.05] antara PSP dengan PDK. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek masalah disiplin lain [t (193) = -1.902, p > 0.05] antara PSP dan PDK mengikut persepsi guru. Mengikut persepsi pelajar, PDK lebih berkesan daripada PSP terhadap aspek tingkah laku vandalisme [PSP min = 2.06, PDK min = 1.92], ponteng [PSP min = 2.87, PDK min = 2.58], datang lewat [PSP min = 2.41, PDK min = 2.22] dan masalah disiplin lain [PSP min = 2.42, PDK min = 2.26]. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan kesan yang signifikan antara PSP dan PDK terhadap aspek vandalisme [t (712) = 3.949, p < 0.05] ponteng [t (712)= 5.117, p <0.05], datang lewat [t (712) = 4.446, p < 0.05] dan masalah disiplin lain [t (712) = 3.766, p < 0.05]. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara PSP dan PDK bagi aspek pengurusan disiplin bilik darjah secara umum [t (712) = - 0.089, p > 0.05] mengikut persepsi pelajar. Berdasarkan rekod disiplin, didapati sekolah yang melaksanakan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin berbanding sekolah yang melaksanakan PDK. Kadar pengurangan salah laku vandalisme (0.1% hingga 0.6%), ponteng (0.1% hingga 8.1%), datang lewat (1.3% hingga 6.0%) dan masalah disiplin lain (0.1% hingga 4.7%) bagi sekolah yang melaksanakan PSP. Manakala bagi PDK kadar pengurangan ialah vandalisme (0.1% hingga 0.3%), ponteng (0.1% hingga 1.9%), datang lewat (0.2% hingga 2.9%) dan masalah disiplin lain (0.5% hingga 3.5%). Kesimpulannya kajian ini menunjukkan PSP lebih berkesan mengurangkan salah laku disiplin pelajar berbanding PDK. Ini menunjukkan walaupun PSP menggunakan mata penalti sahaja tetapi keberkesanannya mengatasi PDK sedangkan PDK menggabungkan dendaan dan peneguhan. 2004-11 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/515/1/549740__FPP_2004_25.pdf Zainal, Khalim (2004) Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. School discipline - Administration - Selangor. English
spellingShingle School discipline - Administration - Selangor.
Zainal, Khalim
Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title_full Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title_fullStr Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title_full_unstemmed Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title_short Perbandingan Sistem Penalti dan Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah
title_sort perbandingan sistem penalti dan konvensional dalam pengurusan disiplin pelajar sekolah menengah
topic School discipline - Administration - Selangor.
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/515/1/549740__FPP_2004_25.pdf
work_keys_str_mv AT zainalkhalim perbandingansistempenaltidankonvensionaldalampengurusandisiplinpelajarsekolahmenengah