Summary: | Kursus Bahasa Asing merupakan kursus elektif di universiti tempatan. Terdapat tiga kategori bahasa Asing yang
ditawarkan, iaitu bahasa-bahasa Eropah (misalnya bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol dan sebagainya), bahasa di Asia
Timur (terutamanya bahasa Mandarin, Korea dan Jepun) dan bahasa di Asia Tenggara (seperti bahasa Thai, Burma,
Vietnam, Kemboja dan sebagainya). Di antaranya, kursus bahasa Eropah dan Asia Timur, yang dipersepsikan sebagai
bahasa Tinggi (bahasa H) menjadi kursus pilihan utama para pelajar. Bahasa Asia Tenggara sebaliknya diabaikan oleh
pelajar (dan juga universiti tempatan) dan dianggap sebagai bahasa Rendah (Bahasa L). Dengan kenyataan bahawa
negara-negara ASEAN mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan kehadiran ramai penutur yang berbahasa Asia Tenggara di sekitar kita, makalah ini menegaskan tentang kelebihan menguasai bahasa-bahasa serantau daripada bahasa yang dipersepsikan berprestij seperti bahasa di Eropah atau di Asia Timur.
|