Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi belia terhadap etos bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 400 responden yang dipilih sekitar Lembah Kelang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Untuk itu, statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (cross tabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi belia terhadap etos bangsa. Hasil kajian menunjukkan persepsi belia terhadap etos bangsa adalah baik. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan belia terhadap etos bangsa iaitu daripada segi nilai, semangat, kepercayaan dan identiti adalah tinggi.
|