Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim

Pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah penting dalam bidang pembangunan manusia dan psikologi. Persoalannya, adakah religiositi dan personality Muslim boleh diukur? Sekiranya boleh, apakah prinsip yang perlu dipatuhi untuk memastikan alat ukuran tersebut selaras dengan ajaran Islam dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Manap, Jamiah, Hamzah, Azimi, Mohd Noah, Sidek, Kasan, Hasnan, Krauss, Steven Eric, Mastor, Khairul Anwar, Suandi, Turiman, Idris, Fazilah
Format: Article
Language:Malay
Published: School of Psychology and Human Development, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53592/1/Prinsip%20pengukuran%20religiositi%20dan%20personaliti%20Muslim%20.pdf
Description
Summary:Pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah penting dalam bidang pembangunan manusia dan psikologi. Persoalannya, adakah religiositi dan personality Muslim boleh diukur? Sekiranya boleh, apakah prinsip yang perlu dipatuhi untuk memastikan alat ukuran tersebut selaras dengan ajaran Islam dan dapat mengukur atribut yang hendak diukur? Justeru, kajian dibuat untuk mengenalpasti prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Kajian kualitatif Grounded Theory dilaksanakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dengan enam orang pemikir Islam tersohor di Malaysia. Kajian mendapati, religiositi dan personaliti daripada perspektif Islam boleh diukur berasaskan tujuh prinsip asas. Prinsip tersebut adalah; 1) hukuman atau penilaian berasaskan perkara yang terzahir sahaja, 2) pengukuran religiositi daripada perspektif Islam boleh dibuat, namun nilaian sebenar adalah di sisi Allah, 3) asas pengukuran adalah manifestasi tiga rukun agama iaitu Iman (akidah Islam), Islam (syariat Islam) dan Ihsan (akhlak Islam), 4) Iman perlu dibuktikan dengan amalan, 5) penghayatan syariat Islam yang sempurna melahirkan akhlak yang mulia, 6) simbol yang berkaitan dengan religiositi tidak semestinya mencerminkan religiositi dan personaliti Muslim, dan 7) piawai pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah Al-Quran dan sunnah. Sehubungan itu, ianya dicadangkan agar turut dijadikan sebagai garis panduan dalam membangun, menilai dan menggunapakai alat ukuran psikologi religiosity dan personaliti Muslim merentas sempadan budaya dan negara.