Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor komuni...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5554/1/FPP_2008_17a.pdf |
_version_ | 1825943883985453056 |
---|---|
author | Ong, Swee Ling |
author_facet | Ong, Swee Ling |
author_sort | Ong, Swee Ling |
collection | UPM |
description | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang
dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses
Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor
komunikasi, struktur dan faktor peribadi sebagai anteseden bagi konflik
interpersonal.
Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Sejumlah 156 orang
guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang dipilih secara rawak
sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan daripada guru-guru digunakan
untuk menguji hipotesis kajian. Ujian analisis data eksploratori, statistik deskriptif (min, kekerapan, peratus) dan statistik inferensi (pekali korelasi hasil
darab momen Pearson, analisis regresi berganda) digunakan untuk
menganalisasi data.
Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan di
Lembah Klang mengalami tahap konflik interpersonal sederhana dengan
pengetua dalam kerja harian mereka. Tahap konflik interpersonal ini masih
dalam tahap yang boleh diterima. Selain itu, tahap ini membolehkan para guru
dan pengetua bekerjasama dalam usaha untuk menyempurnakan tugas atau
mencapai misi dan visi sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan konflik
interpersonal berlaku dalam interaksi antara guru-guru dengan pengetua.
Berdasarkan analisis korelasi, pembolehubah kepuasan komunikasi, gaya
komunikasi interpersonal yang berkesan, kebergantungan tugas, dan kuasa
pengetua yang bersesuaian mempunyai perkaitan yang signifikan dan negatif
dengan konflik interpersonal. Pembolehubah afektiviti negatif dan personaliti
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan konflik interpersonal.
Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada
model telah disokong oleh data kajian. Hasil ini membuktikan bahawa kepuasan
komunikasi, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian
merupakan tiga peramal yang telah berjaya menyumbang sebanyak 64.6 peratus
kepada varians bagi tahap konflik interpersonal. Ini bermakna dengan meningkatkan kepuasan komunikasi interpersonal, kebergantungan tugas dan
kuasa pengetua yang bersesuaian, tahap konflik interpersonal boleh
dikurangkan.
Berasaskan keputusan kajian, adalah dicadangkan supaya para pendidik
seharusnya lebih menitikberatkan peramal-peramal signifikan yang dihasilkan
daripada kajian ini. Model Proses Konflik boleh digunakan oleh penyelidik akan
datang untuk membantu mereka mengenal pasti anteseden bagi konflik
interpersonal. |
first_indexed | 2024-03-06T07:07:15Z |
format | Thesis |
id | upm.eprints-5554 |
institution | Universiti Putra Malaysia |
language | English English |
last_indexed | 2024-03-06T07:07:15Z |
publishDate | 2008 |
record_format | dspace |
spelling | upm.eprints-55542013-05-27T07:23:40Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5554/ Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia Ong, Swee Ling Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor komunikasi, struktur dan faktor peribadi sebagai anteseden bagi konflik interpersonal. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Sejumlah 156 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan daripada guru-guru digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Ujian analisis data eksploratori, statistik deskriptif (min, kekerapan, peratus) dan statistik inferensi (pekali korelasi hasil darab momen Pearson, analisis regresi berganda) digunakan untuk menganalisasi data. Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang mengalami tahap konflik interpersonal sederhana dengan pengetua dalam kerja harian mereka. Tahap konflik interpersonal ini masih dalam tahap yang boleh diterima. Selain itu, tahap ini membolehkan para guru dan pengetua bekerjasama dalam usaha untuk menyempurnakan tugas atau mencapai misi dan visi sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan konflik interpersonal berlaku dalam interaksi antara guru-guru dengan pengetua. Berdasarkan analisis korelasi, pembolehubah kepuasan komunikasi, gaya komunikasi interpersonal yang berkesan, kebergantungan tugas, dan kuasa pengetua yang bersesuaian mempunyai perkaitan yang signifikan dan negatif dengan konflik interpersonal. Pembolehubah afektiviti negatif dan personaliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan konflik interpersonal. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada model telah disokong oleh data kajian. Hasil ini membuktikan bahawa kepuasan komunikasi, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian merupakan tiga peramal yang telah berjaya menyumbang sebanyak 64.6 peratus kepada varians bagi tahap konflik interpersonal. Ini bermakna dengan meningkatkan kepuasan komunikasi interpersonal, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian, tahap konflik interpersonal boleh dikurangkan. Berasaskan keputusan kajian, adalah dicadangkan supaya para pendidik seharusnya lebih menitikberatkan peramal-peramal signifikan yang dihasilkan daripada kajian ini. Model Proses Konflik boleh digunakan oleh penyelidik akan datang untuk membantu mereka mengenal pasti anteseden bagi konflik interpersonal. 2008 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5554/1/FPP_2008_17a.pdf Ong, Swee Ling (2008) Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia. Teacher-principal relationships - Klang. Interpersonal conflict - Klang. English |
spellingShingle | Teacher-principal relationships - Klang. Interpersonal conflict - Klang. Ong, Swee Ling Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title | Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title_full | Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title_fullStr | Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title_full_unstemmed | Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title_short | Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia |
title_sort | anteseden bagi konflik interpersonal antara guru guru dengan pengetua sekolah menengah kebangsaan di lembah klang malaysia |
topic | Teacher-principal relationships - Klang. Interpersonal conflict - Klang. |
url | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5554/1/FPP_2008_17a.pdf |
work_keys_str_mv | AT ongsweeling antesedenbagikonflikinterpersonalantaragurugurudenganpengetuasekolahmenengahkebangsaandilembahklangmalaysia |