Kompleksiti kognitif dan kompetensi kaunselor pelatih dalam penyeliaan kaunseling: satu kajian literatur

Penyeliaan kaunseling merupakan satu pengalaman latihan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan perkembangan kompetensi setiap kaunselor pelatih. Kompetensi kaunselor pelatih sangat penting bagi memastikan kebajikan klien terjamin di samping mengekalkan pengiktirafan kaun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Arifin, Suhaili, Mohd Noah, Sidek, Wan Jaafar, Wan Marzuki, Zakaria, Noor Syamilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58800/1/35-37.pdf
Description
Summary:Penyeliaan kaunseling merupakan satu pengalaman latihan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengukuhkan perkembangan kompetensi setiap kaunselor pelatih. Kompetensi kaunselor pelatih sangat penting bagi memastikan kebajikan klien terjamin di samping mengekalkan pengiktirafan kaunselor sebagai golongan profesional. Walaupun begitu, sewaktu diselia kaunselor pelatih perlu memainkan pelbagai peranan dan tanggungjawab secara serentak kepada penyelia dan klien. Perkara ini tidak mudah untuk dilakukan dalam satu masa yang sama kerana memerlukan kaunselor pelatih untuk bersedia sepenuhnya dari sudut keupayaan mental atau dikenali sebagai kompleksiti kognitif. Menyedari kepentingan aspek tersebut terhadap pertumbuhan kaunselor pelatih, pendidik kaunselor mula memberi penekanan terhadap pembangunan kompleksiti kognitif terutama dalam penyeliaan kaunseling. Beberapa kajian menunjukkan kompleksiti kognitif sangat membantu perkembangan kompetensi kaunselor pelatih seperti keberkesanan menjalankan proses kaunseling, penguasaan kemahiran, penggunaan teori, konseptualisasi kes dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini merupakan satu bentuk tinjauan literatur yang membincangkan tentang kepentingan kompleksiti kognitif terhadap kompetensi kaunselor pelatih dalam konteks penyeliaan kaunseling.