Ciri keusahawanan dan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran yang merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal dan Perniagaan dan Keusahawanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat global. Kajian deskriptif-korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara c...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Piah, Norhasliza, Abdul Kadir, Suhaida
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59416/1/Ciri%20keusahawanan%20dan%20aspirasi%20kerjaya%20keusahawanan%20dalam%20kalangan%20murid%20Kemahiran%20Hidup%20Bersepadu%20%28KHB%29%20di%20daerah%20Jerantut%2C%20Pahang.pdf
Description
Summary:Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran yang merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal dan Perniagaan dan Keusahawanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing pada peringkat global. Kajian deskriptif-korelasi ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di daerah Jerantut, Pahang. Populasi kajian adalah daripada semua murid Tingkatan Dua yang mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dua buah sekolah menengah kebangsaan. Sampel kajian adalah seramai 250 orang murid. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara ciri keusahawanan dengan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan murid Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Ciri keusahawanan pelajar mampu meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan dalam diri seseorang bagi mencapai matlamat tahun 2020 untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian. Pemberian program, kursus dan latihan dapat memberi pendedahan awal yang tinggi dan baik kepada murid berkaitan tentang keusahawanan dan meningkatkan aspirasi kerjaya keusahawanan murid. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran keusahawanan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan.