Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah

Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah telah mengalami perubahan format sejak dilaksanakan di sekolah dengan menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Kajian bertujuan untuk melihat kefahaman guru, pelaksanaan pentaksiran lisan seterusnya mengenal pasti ketepatan pemberian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamil, Halimah, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60140/1/53-11.pdf
Description
Summary:Pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah telah mengalami perubahan format sejak dilaksanakan di sekolah dengan menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Kajian bertujuan untuk melihat kefahaman guru, pelaksanaan pentaksiran lisan seterusnya mengenal pasti ketepatan pemberian skor setiap band oleh guru. Kemahiran ini akan diuji berdasarkan sukatan pelajaran dengan merujuk kepada deskriptor bagi band yang dapat dicapai oleh murid. Pentaksiran lisan adalah Pentaksiran Sekolah (PS) iaitu prosidurnya telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pelaksanaannya dirancang, ditadbir, dilaksanakan, dan dilaporkan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran deskriptor. Pelaksanaan kemahiran lisan merujuk kepada deskriptor yang terdiri daripada band satu hingga band enam menimbulkan kekeliruan kepada guru bahasa Melayu menengah rendah untuk melaksanakannya. Justeru kajian kes pelbagai lokasi akan dijalankan iaitu di empat buah sekolah berlainan kategori yang melibatkan seramai dua orang guru bahasa Melayu menengah rendah di setiap sekolah. Kaedah temu bual dan pemerhatian akan dilaksana bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman guru terhadap penskoran deskriptor pentaksiran lisan bahasa Melayu menengah rendah.