Kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak sekolah sukan Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kekuatan mental pemain bola sepak yang bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap kekuatan mental antara posisi pemain. Responden kajian terdiri daripada semua pemain bola sepak yang menuntut...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainol Abidin, Zamzuri, Soh, Kim Geok, Yusof, Aminuddin, Samsudin, Shamsulariffin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60228/1/53-64.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kekuatan mental pemain bola sepak yang bersekolah di Sekolah Sukan Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan tahap kekuatan mental antara posisi pemain. Responden kajian terdiri daripada semua pemain bola sepak yang menuntut di Sekolah Sukan Negeri Sembilan (n=65) dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kekuatan mental ini ialah Sport Mental Toughness Questionnaire yang dihasilkan oleh Sheard, Golby, dan Van Wersch (2009). Soal Selidik ini meliputi faktor keyakinan, kesabaran dan kawalan. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap kekuatan mental pemain bola sepak Sekolah Sukan Negeri Sembilan masih berada pada tahap sederhana. Justeru itu, pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang bersesuaian bagi meningkatkan dan mengekalkan kekuatan mental dalam kalangan pemain bola sepak kerana mereka merupakan pelapis kepada pasukan senior negara.