Pengaruh persekitaran keluarga dan perumahan terhadap tingkah laku remaja di Ampang Jaya, Selangor

Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang. Namun, peningkatan kadar jenayah dan salah laku yang melibatkan remaja sangat membimbangkan seluruh masyarakat. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti merupakan pendorong kepada masalah ini. Antaranya adalah sep...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rameli, Nor Af'idah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60399/1/FEM%202014%2044IR.pdf
Description
Summary:Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang. Namun, peningkatan kadar jenayah dan salah laku yang melibatkan remaja sangat membimbangkan seluruh masyarakat. Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti merupakan pendorong kepada masalah ini. Antaranya adalah seperti faktor keluarga, rakan sebaya dan media massa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan antara persekitaran perumahan dengan tingkah laku devian remaja di perumahan pangsa kos rendah Pandan Jaya, Ampang. Seramai 200 orang remaja berumur antara 12 hingga 18 tahun berjaya dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara persekitaran perumahan dan tingkah laku devian remaja. Manakala analisis regrasi berganda digunakan untuk menguji kesan moderator. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tingkah laku devian remaja di perumahan pangsa Pandan Jaya adalah pada tahap yang rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran perumahan dan tingkah laku devian remaja (r = - 0.428**). Hasil ujian regrasi berganda menunjukkan bahawa persekitaran keluarga adalah merupakan moderator di mana ia mengurangkan kekuatan hubungan antara persekitaran perumahan dan tingkah laku devian remaja (∆R²= 0.006). Kesimpulannya, kualiti persekitaran keluarga yang tinggi akan mengurangkan tahap penglibatan remaja dalam tingkah laku devian walaupun kualiti persekitaran perumahan adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memberikan pengaruh yang besar terhadap perkembangan dan tingkah laku seseorang. Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang. Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam kalangan remaja masa kini.