Penaakulan moral: kepentingan terhadap calon guru pendidikan moral

Perkembangan moral merupakan salah satu matlamat utama sesebuah institusi pendidikan guru. Tahap penaakulan moral yang tinggi haruslah dipunyai oleh bakal guru yang akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah kelak. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang amat penting kerana semua guru adalah ditakr...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saharuddin, Norzihani, Abdullah, Nur Surayyah Madhubala, Roslan, Samsilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60543/1/115.pdf
Description
Summary:Perkembangan moral merupakan salah satu matlamat utama sesebuah institusi pendidikan guru. Tahap penaakulan moral yang tinggi haruslah dipunyai oleh bakal guru yang akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah kelak. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang amat penting kerana semua guru adalah ditakrifkan sebagai guru moral melalui pengajaran dan pembelajaran merentas nilai yang disarankan. Tumpuan perbincangan pada kali ini hanyalah berkenaan keperluan untuk menyelidik aspek penaakulan moral di kalangan guru. Kertas ini juga akan membincangkan beberapa kajian di dalam mahupun luar negara yang menunjukkan bahawa penaakulan moral merupakan suatu elemen penting yang terkandung di sebalik proses perkembangan moral bakal guru itu sendiri. Seterusnya kertas ini akan melihat implikasi tahap penaakulan moral terhadap bakal guru moral yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah.