Motivasi pelajar terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran bahasa Perancis

Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam aktiviti pembelajaran bahasa Perancis terhadap motivasi dalam kalangan pelajar universiti. Subjek kajian berjumlah 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saharudin, Nur Sharydatul Elyza, Mustapha, Nik Farhan, Abdul Halim, Hazlina, Bolong, Jusang
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60559/1/Motivasi%20pelajar%20terhadap%20penggunaan%20teknologi%20maklumat%20dan%20komunikasi%20%28ICT%29%20dalam%20pembelajaran%20bahasa%20Perancis.pdf
Description
Summary:Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam aktiviti pembelajaran bahasa Perancis terhadap motivasi dalam kalangan pelajar universiti. Subjek kajian berjumlah 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai bidang pengkhususan di Universiti Putra Malaysia, yang mempelajari bahasa Perancis sebagai mata pelajaran elektif di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 19 (SPSS 19). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar daripada kedua-dua kumpulan kajian adalah sederhana dan tiada perbezaan motivasi yang signifikan di antara kumpulan eksperimen yang menggunakan ICT dan kumpulan kawalan yang menggunakan peralatan dan sumber konvensional. Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran tidak memberi kesan atau anjakan lebih positif ke atas motivasi pelajar dan berkemungkinan terdapat faktor atau sumber lain yang mempengaruhi motivasi pelajar selain daripada penggunaaan teknologi dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.