Summary: | Buku ini diterbitkan bagi memberi pencerahan dan membetulkan salah faham yang wujud dalam kalangan pelajar, kaunselor pelatih dan kaunselor tentang fungsi kerja kelompok khususnya kelompok kaunseling, kepimpinan dan kemahiran mengendali kelompok. Setiap topik diterangkan dengan jelas dan disertakan dengan aplikasi bagi kes sebenar kepada kelompok. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam merancang pembentukan kelompok, menilai keberkesanan kelompok, mengurus persoalan etika dan isu berkaitan ahli dan kelompok untuk meningkatkan kompetensi dalam mengendalikan kelompok kaunseling dengan lebih berkesan.
|