Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba

Chempereia manillana (BLUME) MERR merupakan spesies pokok kayu cepat tumbuh yang telah lama digunakan pucuknya sebagai sayur dan ulam tradisional oleh orang-orang Melayu. Spesies ini disyaki tidak sesuai kepada pesakit-pesakit darah tinggi kerana dikhuatiri akan menyebabkan pening kepala dan pad...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusob, Yusmizawati
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6303/1/FPSK%28M%29_2004_11.pdf
_version_ 1796967137788559360
author Mohd Yusob, Yusmizawati
author_facet Mohd Yusob, Yusmizawati
author_sort Mohd Yusob, Yusmizawati
collection UPM
description Chempereia manillana (BLUME) MERR merupakan spesies pokok kayu cepat tumbuh yang telah lama digunakan pucuknya sebagai sayur dan ulam tradisional oleh orang-orang Melayu. Spesies ini disyaki tidak sesuai kepada pesakit-pesakit darah tinggi kerana dikhuatiri akan menyebabkan pening kepala dan pada peringkat yang lebih teruk menyebabkan pitam. Kemungkinan ianya meningkatkan lagi tekanan darah pesakit darah tinggi. Tidak banyak kajian yang dijalankan ke atas Chempereia manillana selain dari kajian botani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan ekstrak kasar Chempereia manillana terhadap tekanan darah arnab, ujian antioksidan, ujian lethaliti dan kandungan komposisi pemakanan yang terdapat dalam daun cemperai. Kajian awal analisis proksimat dibandingkan dengan Sauropus androgynus , lpomoea reptans, Piper sarmentosum dan Centella asiatica. Pada awal kajian, daun muda dan tua Chempereia manillana telah diekstrak dengan menggunakan pelarut julat berkutub hingga tidak berkutub iaitu seperti metanol, klorofom dan heksana. Kesan ekstrak daun diuji terhadap tekanan darah, lethaliti anak udang dan antioksidan. Analisis proksimat meliputi serat dan mineral. Bagi kajian in vivo, 10 ekor arnab telah digunakan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa Chempereia manillana mengandungi serat sebanyak 27.56% bagi daun tua dan 15.21% bagi daun muda. Bagaimanapun kandungan karbohidrat ialah 24.46% bagi daun muda berbanding dengan 40.91% bagi daun tua. Kandungan mineral dan aktiviti antioksidan adalah rendah. Ujian lethaliti juga menunjukkan bahawa aktiviti ekstrak kasar Chempereia manillana tidak beracun. Tekanan darah juga menunjukkan kadar penurunan yang tinggi apabila dos yang tinggi digunakan. Penurunan tekanan darah juga menurut kekutuban pelarut yang digunakan. Kesimpulannya, daun cemperai selamat digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Dos selamat yang dicadangkan tidak melebihi 50 ppm. Penurunan tekanan darah berkadar terus dengan kuantiti dos yang digunakan dan berkadar songsang dengan masa tindakannya.
first_indexed 2024-03-06T07:09:31Z
format Thesis
id upm.eprints-6303
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-03-06T07:09:31Z
publishDate 2004
record_format dspace
spelling upm.eprints-63032023-10-23T01:54:37Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6303/ Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba Mohd Yusob, Yusmizawati Chempereia manillana (BLUME) MERR merupakan spesies pokok kayu cepat tumbuh yang telah lama digunakan pucuknya sebagai sayur dan ulam tradisional oleh orang-orang Melayu. Spesies ini disyaki tidak sesuai kepada pesakit-pesakit darah tinggi kerana dikhuatiri akan menyebabkan pening kepala dan pada peringkat yang lebih teruk menyebabkan pitam. Kemungkinan ianya meningkatkan lagi tekanan darah pesakit darah tinggi. Tidak banyak kajian yang dijalankan ke atas Chempereia manillana selain dari kajian botani. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesan ekstrak kasar Chempereia manillana terhadap tekanan darah arnab, ujian antioksidan, ujian lethaliti dan kandungan komposisi pemakanan yang terdapat dalam daun cemperai. Kajian awal analisis proksimat dibandingkan dengan Sauropus androgynus , lpomoea reptans, Piper sarmentosum dan Centella asiatica. Pada awal kajian, daun muda dan tua Chempereia manillana telah diekstrak dengan menggunakan pelarut julat berkutub hingga tidak berkutub iaitu seperti metanol, klorofom dan heksana. Kesan ekstrak daun diuji terhadap tekanan darah, lethaliti anak udang dan antioksidan. Analisis proksimat meliputi serat dan mineral. Bagi kajian in vivo, 10 ekor arnab telah digunakan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa Chempereia manillana mengandungi serat sebanyak 27.56% bagi daun tua dan 15.21% bagi daun muda. Bagaimanapun kandungan karbohidrat ialah 24.46% bagi daun muda berbanding dengan 40.91% bagi daun tua. Kandungan mineral dan aktiviti antioksidan adalah rendah. Ujian lethaliti juga menunjukkan bahawa aktiviti ekstrak kasar Chempereia manillana tidak beracun. Tekanan darah juga menunjukkan kadar penurunan yang tinggi apabila dos yang tinggi digunakan. Penurunan tekanan darah juga menurut kekutuban pelarut yang digunakan. Kesimpulannya, daun cemperai selamat digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Dos selamat yang dicadangkan tidak melebihi 50 ppm. Penurunan tekanan darah berkadar terus dengan kuantiti dos yang digunakan dan berkadar songsang dengan masa tindakannya. 2004-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6303/1/FPSK%28M%29_2004_11.pdf Mohd Yusob, Yusmizawati (2004) Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
spellingShingle Mohd Yusob, Yusmizawati
Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title_full Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title_fullStr Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title_full_unstemmed Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title_short Komposisi Pemakanan dan Potensi Chempereia Manillana (Blume) Merr Sebagai Bahan Ubatan Herba
title_sort komposisi pemakanan dan potensi chempereia manillana blume merr sebagai bahan ubatan herba
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6303/1/FPSK%28M%29_2004_11.pdf
work_keys_str_mv AT mohdyusobyusmizawati komposisipemakanandanpotensichempereiamanillanablumemerrsebagaibahanubatanherba