Tahap keberkesanan lagu si pintar dan si manis dan kura-kura terhadap kanak-kanak

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Karya sastera juga mengungkapkan unsur akaliah yang sifatnya indah. Lantaran itu, lagu rakyat merupakan khazanah yang bernilai kepada sesebuah negara. Setiap pengolahan lagu rakyat tersebut sudah pasti memberi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sulong, Siti Noor Riha, Rahim, Normaliza Abd
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63378/1/Tahap%20keberkesanan%20lagu%20si%20pintar%20dan%20si%20manis%20dan%20kura-kura%20terhadap%20kanak-kanak.pdf
Description
Summary:Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Karya sastera juga mengungkapkan unsur akaliah yang sifatnya indah. Lantaran itu, lagu rakyat merupakan khazanah yang bernilai kepada sesebuah negara. Setiap pengolahan lagu rakyat tersebut sudah pasti memberi impak yang besar kepada masyarakat yang hidup di negara tersebut khususnya golongan kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, lagu rakyat ini secara tidak langsung selayaknya mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam kalangan masyarakat khususnya kepada kanak-kanak. Ini kerana lagu rakyat yang dihasilkan bukan sahaja memberikan hiburan semata-mata malah setiap pengolahan menerusi jalan cerita yang disampaikan menerusi karya-karya sastera tersebut mampu memberi pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, kajian ini akan membuktikan bahawa lagu rakyat yang diperoleh pada hari ini banyak memberi kepentingan dan fungsinya kepada kanak-kanak dalam setiap penghasilan lagu-lagu rakyat tersebut.