Penelitian dan pemahaman terhadap model program j-QAF

Program j-QAF telah melalui satu pusingan pelaksanaannya sejak ia diperkenalkan pada 2005. Pelbagai input dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dari sudut keberkesanan dan impak program j-QAF, kualiti guru dan murid yang dihasilkan, dan masalah serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Suhid, Asmawati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64292/1/SKP%20j-QAF%202013-3.pdf
Description
Summary:Program j-QAF telah melalui satu pusingan pelaksanaannya sejak ia diperkenalkan pada 2005. Pelbagai input dan pandangan diberikan oleh pelbagai pihak dari sudut keberkesanan dan impak program j-QAF, kualiti guru dan murid yang dihasilkan, dan masalah serta kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan program ini. Kesemuanya mempunyai hasrat murni iaitu untuk menambah baik dan memantapkan lagi program ini. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memapar dan membincangkan dapatan kajian berkaitan model-model yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran j-QAF. Responden yang dilibatkan dalam kajian ini terdiri daripada guru pakar Pendidikan Islam dan guru j-QAF di negeri Selangor. Pengkaji turut menghalusi masalah dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini. Seterusnya mengenengahkan pandangan dan cadangan guru j-QAF bagi meningkatkan program ini. Diharapkan kertas kerja ini dapat menambah maklumat berkaitan program j-QAF dan memberi ruang kepada perkongsian maklumat di antara para penyelidik dan ilmuan serta pendidik Islam bagi memantapkan lagi program ini seterusnya mencapai kata sepakat tentang prospek dan hala tuju program j-QAF.