Pendekatan teknik kolaboratif dalam modul khatam al Quran j-QAF

Pemilihan kaedah pengajaran merupakan elemen yang amat penting yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran mengikut program j QAF. Modul Khatam Al Quran merupakan inti pati yang amat penting dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah menerusi bidang Asuhan Tilawah Al Qur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Said, Siti Faizah, Suhid, Asmawati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64295/1/SKP%20j-QAF%202013-2.pdf
Description
Summary:Pemilihan kaedah pengajaran merupakan elemen yang amat penting yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran mengikut program j QAF. Modul Khatam Al Quran merupakan inti pati yang amat penting dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah menerusi bidang Asuhan Tilawah Al Quran.Memandangkan semua murid diharapkan dapat khatam Al Quran pada tahun enam merupakan objektif yang telah dirangka oleh Kementerian pelajaran Malaysia, maka teknik kolaborasi dilihat satu teknik yang amat memainkan peranan bagi menjayakan semua murid islam mampu membaca Al Quran sehingga khatam dapat direalisasikan.Oleh itu penulisan ini bertujuan membincangkan tentang strategi pengajaran Asuhan Tilawah Al Quran secara kolaboratif yang sewajarnya dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan guru j QAF.Selain itu dinyatakan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pengajaran ini, kelebihan dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al Quran seterusnya melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membaca Al Quran dengan baik dan fasih.