Perumpamaan haiwan invertebrata dalam al-Qur'an

Secara umumnya, haiwan yang hidup di atas muka bumi ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu haiwan vertebrata dan haiwan invertebrata. Haiwan invertebrata ditakrifkan sebagai “an animal without a backbone”, iaitu yang bermaksud haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Kumpulan haiwa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Othman, Mohd Sukki
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64441/1/fail3.cfm-1.pdf
Description
Summary:Secara umumnya, haiwan yang hidup di atas muka bumi ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu haiwan vertebrata dan haiwan invertebrata. Haiwan invertebrata ditakrifkan sebagai “an animal without a backbone”, iaitu yang bermaksud haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. Kumpulan haiwan ini mencakupi 95% spesies haiwan yang wujud di bumi. Serangga merupakan haiwan yang paling dominan dalam klasifikasi invertebrata dari segi kepelbagaian spesiesnya. al-Qur’an telah membicarakan tentang haiwan invertebrata ekoran kepentingannya dalam kehidupan manusia. Haiwan invertebrata amat berperanan dalam ekosistem dalam mewujudkan kesejahteraan hidup secara keseluruhannya. Walaupun terdapat pelbagai jenis haiwan invertebrata yang hidup di atas muka bumi ini, namun al-Qur’an hanya mengetengahkan beberapa jenis daripadanya sahaja yang mewakili kumpulan-kumpulan haiwan dengan pelbagai cara hidupnya, seperti haiwan invertebrata pemakan tumbuh-tumbuhan, pemakan benda-benda organik mati, pemangsa dan parasit, dan yang hidup secara bersendirian dan bermasyarakat. Penyataan tentang haiwan invertebrata di dalam al-Qur’an menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT, di samping ia adalah satu fakta biologi untuk dikaji oleh manusia yang dikurniakan akal fikiran dan kemampuan untuk melakukan kajian. Ia bersesuaian dengan konsep ilmu di dalam Islam yang mengarah kepada tauhid dan keredaan Allah SWT. Secara umumnya, haiwan invertebrata yang telah disebut di dalam al-Qur’an ialah nyamuk, lalat, belalang, labah-labah, kelkatu, kutu, lebah, semut dan anai-anai. Namun begitu, haiwan invertebrata yang telah dijadikan sebagai perumpamaan dalam al-Quran hanyalah nyamuk, labah-labah dan lalat. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat kepada rahsia dan hikmah pemilihan haiwan invertebrata itu di dalam al-Qur’an yang telah dijadikan sebagai suatu perumpamaan oleh Allah SWT untuk manusia berfikir dan mengambil pengajaran. Seterusnya, untuk kajian yang lebih mendalam, analisis akan dilakukan untuk melihat elemen i’jaz yang terdapat dalam ayat-ayat al-Qur’an yang membicarakan tentang haiwan invertebrata tersebut.