Modal sosial dalam kalangan suku kaum Orang Asli

Makalah ini membincangkan modal sosial dalam kalangan Orang Asli yang tertumpu kepada tiga suku kaum, iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Perbincangan dalam artikel ini adalah mengenai tahap modal sosial, tahap penglibatan dalam komuniti dan tahap hubungan sosial dalam kalangan suku kaum sesama s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abu Samah, Asnarulkhadi, Mohd Salim, Sara Shakilla, Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64566/1/Modal%20sosial%20dalam%20kalangan%20suku%20kaum%20Orang%20Asli.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan modal sosial dalam kalangan Orang Asli yang tertumpu kepada tiga suku kaum, iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Perbincangan dalam artikel ini adalah mengenai tahap modal sosial, tahap penglibatan dalam komuniti dan tahap hubungan sosial dalam kalangan suku kaum sesama sendiri dan dengan orang luar. Modal sosial dalam kalangan Orang Asli penting dikaji kerana dapat memberikan gambaran umum tentang kekuatan dalaman mereka, dan juga keupayaan terhadap sumber (pembangunan) jika terjalinnya jaringan dengan pihak luar (komuniti ataupun agensi). Pengumpulan data melalui kajian tinjauan ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan semua ketua keluarga Orang Asli di enam buah kampung di Pahang dan tiga buah kampung di Kelantan. Sebanyak 319 responden terlibat dalam kajian. Umumnya, kajian ini mendapati bahawa tahap modal sosial bagi ketiga-tiga kaum berada tahap tinggi berdasarkan nilai min yang didahului oleh kaum Negrito, Melayu Proto dan Senoi. Ini menunjukkan bahawa Orang Asli mempunyai modal sosial yang baik dalam aspek hubungan sosial yang memberikan kekuatan kepada mereka. Namun, jika dibandingkan dengan tahap hubungan sosial, tahap penglibatan dalam komuniti Orang Asli masih rendah yang memerlukan tindakan usaha menyedarkan mereka.