Summary: | Fenomena sastera Islam bermula di Indonesia sekitar 1970-an. Salah satu gagasan sastera Islam yang muncul di Indonesia adalah Gagasan Sastera Profetik yang dikemukakan oleh sasterawan terkenal, Kuntowijoyo. Makalah ini menyorot latar belakang gagasan tersebut yang bertitik tolak dari ayat 110 surah Ali ‘Imran dan bertujuan meniru perilaku Nabi Muhammad SAW. Tiga etika utama yang dipetik oleh Kuntowijoyo daripada ayat tersebut iaitu amar makruf (humanisasi), nahi mungkar (liberasi), dan al-Iman billah (transendensi). Selain itu, makalah juga menjelaskan konsep kaffah yang menjadi ‘kemuncak’ bagi menghasilkan sesebuah karya Sastera Profetik.
|