Perancangan dan pelaksanaan pembelajaran teradun dalam pendidikan alaf baru abad ke-21

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan negara. Pelbagai langkah digerakkan oleh pihak yang berkepentingan agar pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan dengan pendidikan pada peringkat global. Salah satunya adalah dengan memperkenalkan Pendidikan Alaf Ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamaludin, Nurul Ashikin, Kamarudin, Nurzatulshima
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66084/1/GREduc2015-30.pdf
Description
Summary:Pendidikan merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan negara. Pelbagai langkah digerakkan oleh pihak yang berkepentingan agar pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan dengan pendidikan pada peringkat global. Salah satunya adalah dengan memperkenalkan Pendidikan Alaf Baru Abad Ke-21 agar dapat membentuk keperibadian pelajar yang lebih unggul dalam pelbagai aspek dan dengan pengaplikasian pembelajaran teradun. Teknik ini telah lama diaplikasi di negara luar yang menggabungkan dua teknik pengajaran iaitu bersemuka dan online. Kaedah ini membolehkan pembelajaran yang lebih menarik dan pelajar tidak terhad belajar didalam kelas sahaja, tetapi pembelajaran dapat dilakukan dimana jua. Perancangan yang baik diperlukan dalam Pembelajaran Teradun agar pelaksanaan yang baik secara berterusan dapat dilakukan. Kajian-kajian negara luar yang dijalankan membantu dalam perancangan dan pelaksanaan Pembelajaran Teradun.