Penggunaan teknik 'WAK' dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat murid-murid tahun 4 Arif

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik WAK dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Permasalahan awal mendapati terdapat 10 orang murid daripada kelas 4 Arif masih tidak menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik. Kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Siti Rohani, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66102/1/GREduc2015-48.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan teknik WAK dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Permasalahan awal mendapati terdapat 10 orang murid daripada kelas 4 Arif masih tidak menguasai kemahiran menulis ayat dengan baik. Kajian eksperimental quasi ini dijalankan untuk mengenal pasti skor sebelum dan selepas murid-murid didedahkan dengan teknik menulis WAK. Melalui ujian pra yang dijalankan, skor markah yang diperoleh adalah sederhana. Teknik WAK diperkenalkan semasa pengajaran dan pembelajaran Tahun 4 Arif untuk mengatasi masalah menulis ayat dalam kalangan murid. Teknik WAK digunakan oleh murid dengan membina satu jadual yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu W (watak), A (aktiviti), K (keterangan). Kemudian, murid akan menyalin semula ayat menjadi ayat yang lengkap. Ujian pos menunjukkan ada peningkatan skor markah murid. Diharapkan melalui teknik yang digunakan ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam membantu eningkatkan kemahiran menulis ayat murid Tahun 4 Arif khususnya dan murid-murid lain amnya.