Aplikasi KBAT bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kajian ini berkaitan dengan ‘Aplikasi KBAT bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya’. Objektif utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan, sikap, dan kemampuan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan KBAT bagi mata pela...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Raja Mafuzin, Tunku Aidayuhanna, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66103/1/GREduc2015-49.pdf
Description
Summary:Kajian ini berkaitan dengan ‘Aplikasi KBAT bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Menengah Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya’. Objektif utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesediaan, sikap, dan kemampuan guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan KBAT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Sampel kajian ini melibatkan semua guru Bahasa Melayu Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu seramai 101 orang. Bagi tujuan mengumpulkan maklumat, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 22.0 for WINDOWS. Dalam statistik deskriptif, min, sisihan piawai, dan peratus digunakan. Manakala, statistik infrensi pula digunakan dalam menentukan sama ada hipotesis diterima atau ditolak dengan menggunakan Ujian T dan Anova. Di samping itu juga, pengkaji menggunakan korelasi Pearson untuk melihat sejauh mana hubungan pada hipotesis tersebut. Selain itu, penyelidik juga menggunakan penyelidikan berbentuk kualitatif yang melibatkan lima orang guru bahasa Melayu sebagai peserta kajian. Kajian ini memberikan peluang untuk guru-guru bahasa Melayu memberikan pendapat berkaitan dengan KBAT dalam proses PdP Bahasa Melayu. Justeru, kajian ini amat berguna kepada semua guru bahasa Melayu sekolah menengah dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha memantapkan elemen KBAT untuk PdP.