Summary: | Kerahsiaan merupakan elemen yang menjadi teras utama dalam proses kaunseling yang dijalankan kerana ia boleh memberikan implikasi perundangan kepada pengamal kaunseling. Penyelewengan ke atas amalan etika kerahsiaan boleh disabitkan kepada pengamal kaunseling sekiranya jelas memberikan kemudaratan sama ada dari segi mental, fizikal dan emosi kepada klien. Kajian ini memfokuskan kepada pengetahuan, pemahaman dan pengamalan etika kaunseling kerahsiaan yang menjadi salah satu ukuran kompetensi professional dalam kalangan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana pengumpulan data kajian melibatkan kaunselor pelatih prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang sedang menjalani praktikum kaunseling. Teknik pengumpulan data adalah berbentuk temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.
|