Summary: | Indeks keadaan (CI) digunakan untuk menganggar kitaran biologi pembiakan kekima Meretrix lyrata berdasarkan berat badan dan berat cengkerang. Nilai CI yang tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan berat badan kekima keras yang sepadan terhadap biologi pembiakan pada peringkat matang dan permulaan bertelur. Nilai CIM. lyrata dari Kampung Buntal, Kuching, Sarawak mempunyai tiga puncak tertinggi dalam tempoh 12 bulan kajian, iaitu pada Mei dan Oktober 2013 serta Mac 2014. Nilai CI terendah diperhatikan pada September dan November 2013 serta April 2014. Hanya parameter air nitrogen ammonia didapati berkait secara ketara dengan nilai CI. Aplikasi CI adalah penting untuk menganggar kematangan gonad kekima keras bagi memudahkan aktiviti pemeliharaan melalui penuaian kekima keras selain daripada masa kematangan gonad dan bertelur.
|