Pelaksanaan outcome-based education (OBE) di kolej vokasional, Malaysia

Transformasi pendidikan merupakan satu perubahan yang besar berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan ini berlaku kerana keperluan yang berubah-ubah seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Outcome-based Education (OBE) dilaksanakan di Kolej Vokasional di Malaysia setelah Transformasi P...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ag. Damit, Mohd Amiruddin, Omar, Muhd Khaizer
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67748/1/GREDUC_2018-11.pdf
Description
Summary:Transformasi pendidikan merupakan satu perubahan yang besar berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan ini berlaku kerana keperluan yang berubah-ubah seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Outcome-based Education (OBE) dilaksanakan di Kolej Vokasional di Malaysia setelah Transformasi Pendidikan Vokasional menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional ke Kolej Vokasional. Pendekatan OBE di Kolej Vokasional sedikit sebanyak memberikan perubahan besar kepada sistem pendidikan vokasional kerana sebelum ini terikat dengan corak pendidikan konventional yang lebih berpusatkan kepada peperiksaan semata-mata. Pelaksanaan OBE di Kolej Vokasional ini juga merupakan pra-syarat bagi mendapatkan akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dimana hasil pembelajaran yang jelas dan nyata perlu diperlihatkan supaya segala program yang dijalankan di Kolej Vokasional ini memenuhi standard kualiti yang telah ditetapkan.