Meneroka minat, tindakan dan persepsi pelajar pengajian jarak jauh Universiti Putra Malaysia dalam penggunaan mobile learning (m-learning)

Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan masa kini semakin berleluasa seiring dengan pertumbuhan teknologi yang semakin pesat. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan pelbagai cara untuk mengintegrasikan pendidikan rendah dan tinggi di Malaysia dalam teknologi seperti Massive Open Onli...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd Halim, Noor Shuhada
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67770/1/GREDUC_2018-24.pdf
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan masa kini semakin berleluasa seiring dengan pertumbuhan teknologi yang semakin pesat. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan pelbagai cara untuk mengintegrasikan pendidikan rendah dan tinggi di Malaysia dalam teknologi seperti Massive Open Online Courses, M-Learning, Internet of Thing dan banyak lagi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia setaraf pendidikan di luar Negara bagi melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing, inovatif dan berfikiran jauh. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan mengetahui minat, tindakan dan persepsi pelajar Pengajian Jarak Jauh terhadap pengunaan Mobile learning dalam proses pembelajaran mereka. Teori Interest Driven Creator merupakan teori yang memfokuskan kepada minat, penciptaan dan kebiasaan atau tabiat pelajar terhadap pembelajaran pelajar berlandaskan teknologi. Kajian ini juga menggunakan teori interest driven creator yang berperanan sebagai rangka kerja bagi melihat perhubungan dan perkaitan antara m-learning dan teori ini melalui corak penggunaan m-learning oleh golongan pelajar. Hal ini adalah untuk mengetahui samaada setiap elemen dalam teori ini berlaku ataupun tidak dalam proses pembelajaran pelajar pengajian jarak jauh dalam menggunakan m-learning sebagai satu platform pembelajaranya. Responden yang berdaftar dibawah program jarak jauh Universiti Putra Malaysia bagi mahasiswa sarjana muda dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Bagi memperolehi data untuk menjawab semua persoalan diutarakan, kajian ini menggunakan kaedah temu bual responden secara bersemuka. Temu bual ini adalah temu bual berstruktur kerana sebelum melakukan proses pengumpulan data, pengkaji akan menyediakan soalan berdasarkan persoalan kajian. Anaslisis dalam kajian ini adalah analisis kualitatif yang lebih kepada penjelasan data secara mendalam untuk mengetahui corak penggunaan m-learning dalam kalangan pelajar pengajian jarak jauh dengan lebih terperinci.