Pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian etika kerahsiaan dalam kalangan pelajar Master Bimbingan dan Kaunseling yang mengikuti internship kaunseling

Kepercayaan merupakan elemen utama yang diperlukan oleh pengamal kaunseling terutama dalam proses menolong. Kepercayaan perlu dipelihara oleh pengamal kaunseling supaya wujud hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien ketika proses kaunseling dijalankan. Kompetensi kaunselor dalam konteks kerahs...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Pauzi, Nurakmal Balqiyyah, Zakaria, Noor Syamilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67774/1/GREDUC_2018-27.pdf
Description
Summary:Kepercayaan merupakan elemen utama yang diperlukan oleh pengamal kaunseling terutama dalam proses menolong. Kepercayaan perlu dipelihara oleh pengamal kaunseling supaya wujud hubungan terapeutik antara kaunselor dan klien ketika proses kaunseling dijalankan. Kompetensi kaunselor dalam konteks kerahsiaan ketika mengendalikan perkhidmatan kaunseling perlu dipertingkat supaya hubungan kepercayaan antara kaunselor dan klien dapat diwujudkan serta dapat mencapai kesejahteraan secara holistik. Kajian ini adalah kajian Kualitatif dengan menggunakan pendekatan yang melibatkan pengumpulan data kajian pelajar master yang sedang menjalani internship kaunseling dalam program bimbingan dan kaunseling dengan memfokuskan kepada pengetahuan, kefahaman dan pengaplikasian etika kaunseling kerahsiaan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah constant comparative iaitu (i) pengumpulan data, (ii) pengekodan, (iii) pengkategorian dan (iv) pembentukan tema.