Summary: | Dunia tanpa sempadan kini tidak membataskan sebarang informasi disampaikan kepada semua peringkat usia. Hal ini termasuklah pengaruh permainan pelbagai jenis games di internet. Kepesatan dunia maya membolehkan games dimuat turun secara terus oleh semua individu. Selain itu, permainan games memberikan kesan negatif dalam aspek kesihatan seperti mengalami ketagihan, masalah penglihatan dan obesiti. Tidak terkecuali juga kesan negatif dalam sosial dan komunikasi kanak-kanak apabila mengalami ketagihan permainan games. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memperjelaskan tentang beberapa contoh permainan games di internet yang mempunyai unsur positif dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak dan negatif terhadap perkembangan psikologi mereka. Seterusnya, kajian ini meneliti masalah dari aspek kesihatan fizikal serta mental kanak-kanak akibat permainan games yang melampau. Kajian ini menerapkan Teori yang dikemukakan oleh Robert Havinghurst yang berteraskan sosiobudaya dan antropologi. Malahan, kajian ini bertujuan mencadangkan beberapa langkah bagi mengawal ketagihan dalam permainan games terhadap kanak-kanak. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan panduan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tentang had masa bermain dan pemilihan permainan games di internet yang sesuai.
|