Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran, pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf |
_version_ | 1825933535119147008 |
---|---|
author | Pitchan, Muhammad Adnan |
author_facet | Pitchan, Muhammad Adnan |
author_sort | Pitchan, Muhammad Adnan |
collection | UPM |
description | Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran,
pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira
sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai
manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu
difikirkan. Faktor kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan
penggunaan Internet melalui peralatan elektronik telah menyebabkan ramai rakyat di
negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber. Hal ini kerana masih ramai dalam
kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip-prinsip keselamatan dalam
Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Perkara ini boleh
dilihat melalui peningkatan statistik dalam kes jenayah siber di Malaysia. Tambahan
pula, golongan belia kini berada di tahap yang bahaya kerana penggunaan Internet
telah menjadi rutin harian dalam kalangan mereka dan risiko terdedah kepada
ancaman siber juga amat tinggi. Justeru, elemen kesedaran perlu dipupuk dalam
kalangan pengguna Internet agar mereka sentiasa berhati-hati ketika menggunakan
Internet di samping dapat menghindari daripada ancaman siber.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerokai kesedaran dan amalan keselamatan
siber dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia dan fokusnya kepada kawasan
Lembah Klang. Kebanyakan daripada populasi di Malaysia yang menggunakan
kemudahan Internet terutama dalam konteks kesedaran dan keselamatan siber
tertumpu kepada di kawasan Lembah Klang. Oleh itu, Lembah Klang menjadi satu
persampelan yang paling dekat mewakili populasi Malaysia dalam konteks kajian
ini. Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu memahami kesedaran
pengguna Internet tentang amalan keselamatan siber, menerokai pengalaman
pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber, menerokai persekitaran sosial
terhadap amalan keselamatan siber, serta menganalisis pelaksanaan undang-undang tentang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dua teori media diterap bagi
mengupas fenomena kesedaran dan amalan keselamatan siber iaitu Teori
Kebergantungan Media dan Teori KAP. Dari segi kaedah penyelidikan pula, kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif seperti kumpulan fokus, temu bual mendalam
dan analisis dokumen. Seramai 35 orang pengguna Internet ditemu bual melalui
kaedah kumpulan fokus ini di mana kumpulan fokus dibahagikan kepada dua
kategori pengguna Internet iaitu golongan remaja dan dewasa. Memandangkan
kajian ini melihat fenomena sosial dalam kalangan pengguna Internet terhadap
kesedaran dan keselamatan siber, selain informan yang tidak mempunyai
pengalaman dalam jenayah siber, kajian juga turut memberi perhatian kepada
pengguna Internet yang pernah berhubung dengan masalah jenayah siber semasa
mereka menggunakan Internet. Selain itu, bagi mendapatkan data yang tepat dan
berkualiti seramai 9 orang pegawai kerajaan dipilih secara purposif turut ditemu bual
secara mendalam daripada agensi SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, Majlis
Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan serta Fakulti Undang-Undang UKM.
Kajian mendapati para informan kajian tidak mempunyai kesedaran terhadap amalan
keselamatan siber terutama dari segi kewujudan agensi yang bertanggungjawab
dalam mengawal keselamatan siber, aktiviti keselamatan siber, polisi dan garis
panduan perbankan online serta undang-undang keselamatan siber. Selain itu, kajian
juga mendapati pengguna Internet mempunyai amalan yang baik dari segi
keselamatan penerimaan e-mel phising, penggunaan perbankan dalam talian, serta
penyebaran sesuatu berita kepada orang lain. Tambahan pula, faktor persekitaran
sosial seperti pengaruh rakan sebaya dan peranan tempat kerja tidak memberi kesan
positif kepada amalan keselamatan siber oleh pengguna Internet. Kajian juga
mendapati, dari segi pelaksanaan undang-undang siber pula, Akta Komunikasi dan
Multimedia 1988 masih memerlukan penambahbaikan lagi terutama di dalam
Seksyen 211 dan 233 di mana peruntukan elemen niat perlu dikaji semula. |
first_indexed | 2024-03-06T09:58:46Z |
format | Thesis |
id | upm.eprints-68481 |
institution | Universiti Putra Malaysia |
language | English |
last_indexed | 2024-03-06T09:58:46Z |
publishDate | 2017 |
record_format | dspace |
spelling | upm.eprints-684812019-05-14T03:40:49Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/ Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia Pitchan, Muhammad Adnan Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran, pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu difikirkan. Faktor kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan Internet melalui peralatan elektronik telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber. Hal ini kerana masih ramai dalam kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip-prinsip keselamatan dalam Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Perkara ini boleh dilihat melalui peningkatan statistik dalam kes jenayah siber di Malaysia. Tambahan pula, golongan belia kini berada di tahap yang bahaya kerana penggunaan Internet telah menjadi rutin harian dalam kalangan mereka dan risiko terdedah kepada ancaman siber juga amat tinggi. Justeru, elemen kesedaran perlu dipupuk dalam kalangan pengguna Internet agar mereka sentiasa berhati-hati ketika menggunakan Internet di samping dapat menghindari daripada ancaman siber. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerokai kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia dan fokusnya kepada kawasan Lembah Klang. Kebanyakan daripada populasi di Malaysia yang menggunakan kemudahan Internet terutama dalam konteks kesedaran dan keselamatan siber tertumpu kepada di kawasan Lembah Klang. Oleh itu, Lembah Klang menjadi satu persampelan yang paling dekat mewakili populasi Malaysia dalam konteks kajian ini. Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu memahami kesedaran pengguna Internet tentang amalan keselamatan siber, menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber, menerokai persekitaran sosial terhadap amalan keselamatan siber, serta menganalisis pelaksanaan undang-undang tentang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dua teori media diterap bagi mengupas fenomena kesedaran dan amalan keselamatan siber iaitu Teori Kebergantungan Media dan Teori KAP. Dari segi kaedah penyelidikan pula, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif seperti kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen. Seramai 35 orang pengguna Internet ditemu bual melalui kaedah kumpulan fokus ini di mana kumpulan fokus dibahagikan kepada dua kategori pengguna Internet iaitu golongan remaja dan dewasa. Memandangkan kajian ini melihat fenomena sosial dalam kalangan pengguna Internet terhadap kesedaran dan keselamatan siber, selain informan yang tidak mempunyai pengalaman dalam jenayah siber, kajian juga turut memberi perhatian kepada pengguna Internet yang pernah berhubung dengan masalah jenayah siber semasa mereka menggunakan Internet. Selain itu, bagi mendapatkan data yang tepat dan berkualiti seramai 9 orang pegawai kerajaan dipilih secara purposif turut ditemu bual secara mendalam daripada agensi SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta Fakulti Undang-Undang UKM. Kajian mendapati para informan kajian tidak mempunyai kesedaran terhadap amalan keselamatan siber terutama dari segi kewujudan agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal keselamatan siber, aktiviti keselamatan siber, polisi dan garis panduan perbankan online serta undang-undang keselamatan siber. Selain itu, kajian juga mendapati pengguna Internet mempunyai amalan yang baik dari segi keselamatan penerimaan e-mel phising, penggunaan perbankan dalam talian, serta penyebaran sesuatu berita kepada orang lain. Tambahan pula, faktor persekitaran sosial seperti pengaruh rakan sebaya dan peranan tempat kerja tidak memberi kesan positif kepada amalan keselamatan siber oleh pengguna Internet. Kajian juga mendapati, dari segi pelaksanaan undang-undang siber pula, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 masih memerlukan penambahbaikan lagi terutama di dalam Seksyen 211 dan 233 di mana peruntukan elemen niat perlu dikaji semula. 2017-12 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf Pitchan, Muhammad Adnan (2017) Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Internet - Safety measures Computer security |
spellingShingle | Internet - Safety measures Computer security Pitchan, Muhammad Adnan Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title | Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title_full | Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title_fullStr | Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title_full_unstemmed | Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title_short | Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia |
title_sort | kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di malaysia |
topic | Internet - Safety measures Computer security |
url | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf |
work_keys_str_mv | AT pitchanmuhammadadnan kesedarandanamalankeselamatansiberdalamkalanganpenggunainternetdimalaysia |