Penguasaan ayat majmuk Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti

Bahasa Melayu selain dijadikan bahasa kebangsaan, juga turut memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Setiap pelajar diwajibkan mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu sejak peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Hal ini bermakna, bahasa Melayu sewajarnya dipe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Razak, Zurakintan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68697/1/fbmk%202014%2072%20ir.pdf
Description
Summary:Bahasa Melayu selain dijadikan bahasa kebangsaan, juga turut memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Setiap pelajar diwajibkan mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu sejak peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Hal ini bermakna, bahasa Melayu sewajarnya dipelajari dan dikuasai oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pelajar sekolah. Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar hari ini seharusnya berada pada tahap yang baik dan membanggakan selari dengan matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah. Kajian ini berfokus kepada penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dalam kalangan pelajar prauniversiti, menganalisis struktur ayat majmuk dalam penulisan karangan pelajar serta menghuraikan faktor kelemahan mereka dalam penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah melalui pendekatan kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan menggunakan instrumen ujian, soal selidik dan temu bual. Ujian tersebut pula terbahagi kepada dua, iaitu ujian pengesanan tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu dan penulisan karangan. Data yang dikumpulkan ini dianalisis secara deskriptif berasaskan teori Transformasi Generatif. Setiap ayat yang mempunyai struktur dasar dan struktur permukaan dipaparkan dalam bentuk rajah pohon.Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu yang sederhana dan lemah. Kebanyakan responden tidak menguasai konsep ayat majmuk dan jenisnya secara rinci. Hasil daripada analisis ayat majmuk dalam karangan, didapati bahawa terdapat 2383 ayat yang telah dihasilkan dan 60 peratus daripadanya ialah ayat majmuk, manakala 38.1 peratus merupakan ayat yang tidak gramatis. Kelemahan responden dalam pembinaan ayat majmuk adalah dari segi penggunaan kata hubung yang tidak tepat dan terdapatnya pelbagai kesalahan bahasa. Kelemahan dalam penguasaan ayat majmuk bahasa Melayu akan memberikan kesan ke atas pencapaian dan kecemerlangan pelajar. Perkara ini perlu ditangani agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa, sekali gus mempermantap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat mengikut konteksnya.