Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu

Kesantunan berbahasa dalam interaksi merupakan manifestasi kesedaran individu terhadap kepentingan mengekalkan kelangsungan perbualan yang harmoni. Justeru, kehadirannya merentas interaksi semua komuniti bahasa di dunia tanpa mengecualikan mana-mana kumpulan pengguna bahasa. Malah, fenomena kesantun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Tahir, Rabahyah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68921/1/FBMK%202016%2077%20IR.pdf
_version_ 1796978832202268672
author Tahir, Rabahyah
author_facet Tahir, Rabahyah
author_sort Tahir, Rabahyah
collection UPM
description Kesantunan berbahasa dalam interaksi merupakan manifestasi kesedaran individu terhadap kepentingan mengekalkan kelangsungan perbualan yang harmoni. Justeru, kehadirannya merentas interaksi semua komuniti bahasa di dunia tanpa mengecualikan mana-mana kumpulan pengguna bahasa. Malah, fenomena kesantunan berbahasa adalah berbeza dan unik mengikut acuan konteks budaya sesebuah komuniti bahasa.Lantaran itu, kesantunan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak pastinya berbeza daripada pengguna bahasa dewasa. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti, menganalisis dan mengkategori penggunaan ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Di samping itu, pengaruh faktor jarak sosial dalam penggunaan ujaran santun tersebut turut dikupas. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983) untuk merungkai ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu.Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan persampelan bertujuan dalam memilih 20 orang kanak-kanak Melayu berumur enam tahun dari Tadika Iman Taman Manis Tadika Agama Johor Sekolah Bandar Batu Pahat, Tadika Oren Cemerlang Parit Sulong dan Prasekolah SK Parit Bilal. Data kajian diperoleh melalui rakaman perbualan subjek kajian semasa melakukan aktiviti seni secara formal di tadika/ prasekolah. Seterusnya transkripsi perbualan tersebut dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983).Hasil kajian ini mendapati bahawa wujud ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu yang terdiri daripada ujaran permintaan, pujian, penghargaan, simpati, tawaran, persetujuan, dan ujaran merendah diri. Ujaran-ujaran santun digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza semasa perbualan. Walau bagaimanapun penggunaan ujaran santun oleh subjek kajian dalam konteks tertentu adalah masih terhad. Misalnya,ujaran santun penghargaan, iaitu “terima kasih” hanya diujarkan apabila seseorang memenuhi permintaan mereka yang melibatkan objek sahaja. Walhal, seseorang yang menghulurkan bantuan melakukan sesuatu juga wajar menerima penghargaan “terima kasih”.Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ujaran santun oleh subjek kajian dipengaruhi oleh faktor jarak sosial. Hal ini menggambarkan bahawa subjek kajian mampu mengubah suai penggunaan ujaran apabila berinteraksi dengan pendengar yang berbeza. Berdasarkan kajian ini juga didapati bahawa ujaran santun yang digunakan oleh subjek kajian mematuhi keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hal ini membuktikan keberkesanan teori tersebut dalam menganalisis ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Di samping itu, dominasi Maksim Santun dalam perbualan subjek kajian juga menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan kesopanan pada pihak orang lain berbanding diri sendiri.Secara keseluruhannya disimpulkan bahawa kanak-kanak Melayu seawal usia enam tahun sudah mampu menggunakan ujaran yang santun dalam perbualan mereka malah turut mengambil kira faktor jarak sosial semasa berinteraksi. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan manifestasi pemahaman mereka terhadap nilai dan budaya masyarakat Melayu yang menitikberatkan kesantunan berbahasa.
first_indexed 2024-03-06T10:00:10Z
format Thesis
id upm.eprints-68921
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T10:00:10Z
publishDate 2016
record_format dspace
spelling upm.eprints-689212019-06-26T02:13:06Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68921/ Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu Tahir, Rabahyah Kesantunan berbahasa dalam interaksi merupakan manifestasi kesedaran individu terhadap kepentingan mengekalkan kelangsungan perbualan yang harmoni. Justeru, kehadirannya merentas interaksi semua komuniti bahasa di dunia tanpa mengecualikan mana-mana kumpulan pengguna bahasa. Malah, fenomena kesantunan berbahasa adalah berbeza dan unik mengikut acuan konteks budaya sesebuah komuniti bahasa.Lantaran itu, kesantunan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak pastinya berbeza daripada pengguna bahasa dewasa. Oleh itu, kajian ini mengenal pasti, menganalisis dan mengkategori penggunaan ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Di samping itu, pengaruh faktor jarak sosial dalam penggunaan ujaran santun tersebut turut dikupas. Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983) untuk merungkai ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu.Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan persampelan bertujuan dalam memilih 20 orang kanak-kanak Melayu berumur enam tahun dari Tadika Iman Taman Manis Tadika Agama Johor Sekolah Bandar Batu Pahat, Tadika Oren Cemerlang Parit Sulong dan Prasekolah SK Parit Bilal. Data kajian diperoleh melalui rakaman perbualan subjek kajian semasa melakukan aktiviti seni secara formal di tadika/ prasekolah. Seterusnya transkripsi perbualan tersebut dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983).Hasil kajian ini mendapati bahawa wujud ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu yang terdiri daripada ujaran permintaan, pujian, penghargaan, simpati, tawaran, persetujuan, dan ujaran merendah diri. Ujaran-ujaran santun digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza semasa perbualan. Walau bagaimanapun penggunaan ujaran santun oleh subjek kajian dalam konteks tertentu adalah masih terhad. Misalnya,ujaran santun penghargaan, iaitu “terima kasih” hanya diujarkan apabila seseorang memenuhi permintaan mereka yang melibatkan objek sahaja. Walhal, seseorang yang menghulurkan bantuan melakukan sesuatu juga wajar menerima penghargaan “terima kasih”.Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan ujaran santun oleh subjek kajian dipengaruhi oleh faktor jarak sosial. Hal ini menggambarkan bahawa subjek kajian mampu mengubah suai penggunaan ujaran apabila berinteraksi dengan pendengar yang berbeza. Berdasarkan kajian ini juga didapati bahawa ujaran santun yang digunakan oleh subjek kajian mematuhi keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech (1983). Hal ini membuktikan keberkesanan teori tersebut dalam menganalisis ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Di samping itu, dominasi Maksim Santun dalam perbualan subjek kajian juga menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan kesopanan pada pihak orang lain berbanding diri sendiri.Secara keseluruhannya disimpulkan bahawa kanak-kanak Melayu seawal usia enam tahun sudah mampu menggunakan ujaran yang santun dalam perbualan mereka malah turut mengambil kira faktor jarak sosial semasa berinteraksi. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan manifestasi pemahaman mereka terhadap nilai dan budaya masyarakat Melayu yang menitikberatkan kesantunan berbahasa. 2016-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68921/1/FBMK%202016%2077%20IR.pdf Tahir, Rabahyah (2016) Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Children - Language and languages
spellingShingle Children - Language and languages
Tahir, Rabahyah
Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title_full Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title_fullStr Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title_full_unstemmed Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title_short Ujaran santun dalam perbualan kanak-kanak melayu
title_sort ujaran santun dalam perbualan kanak kanak melayu
topic Children - Language and languages
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68921/1/FBMK%202016%2077%20IR.pdf
work_keys_str_mv AT tahirrabahyah ujaransantundalamperbualankanakkanakmelayu