Respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan kerjasama politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menyertai kesemua pilihan raya, iaitu sejak tahun 1955 sehingga kini dan merupakan parti pembangkang yang paling lama di Malaysia. PAS telah menjalinkan kerjasama politik sebanyak lima kali dengan pelbagai parti bermula pada tahun 1974–2016. Kajian ini b...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Isa, Nur Ayuni, Ahmad, Zaid, Talib, Ahmad Tarmizi
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/73776/1/Respons%20ahli%20PAS.pdf
Description
Summary:Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menyertai kesemua pilihan raya, iaitu sejak tahun 1955 sehingga kini dan merupakan parti pembangkang yang paling lama di Malaysia. PAS telah menjalinkan kerjasama politik sebanyak lima kali dengan pelbagai parti bermula pada tahun 1974–2016. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan kerjasama politik yang disertai oleh PAS. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan juga kuantitatif. Bagi pemerolehan data kualitatif, pengkaji menggunakan dokumen-dokumen rasmi PAS seperti teks-teks ucapan dasar dalam mesyuarat agung (muktamar) tahunan dan khas PAS, dokumen rasmi PAS dan manifesto PAS. Pengumpulan data kuantitatif pula adalah melalui survei menggunakan borang soal selidik yang dilaksanakan ketika perhimpunan Mesyuarat Agung (Muktamar) Tahunan PAS ke-63 (2017). Kajian ini melibatkan 253 responden yang terdiri daripada ahli PAS sahaja. Analisis data menunjukkan bahawa majoriti responden, iaitu lebih 90 peratus bersetuju PAS menyertai pilihan raya sebagai alat untuk mencapai tujuan, matlamat dan perlembagaan parti. Bagi kerjasama politik atau tahaluf siyasi pula majoriti responden, iaitu lebih 90 peratus merasakan ia sebagai satu keperluan untuk merealisasikan cita-cita Islam. Hasil kajian ini memberi gambaran umum dengan bukti empirikal bahawa respons ahli PAS terhadap pilihan raya dan juga kerjasama politik adalah seiring dengan ideologi perjuangan PAS.