Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik
Bahasa sering kali dikaitkan dengan jiwa sesuatu bangsa sehingga terungkap slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Maka kajian mengenai pelestarian bahasa sukuan minoriti orang Asli di Malaysia yang berfokuskan kepada bahasa Jahai di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Sungai Rual merupakan suatu kajian...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75531/1/FBMK%202018%2040%20IR.pdf |
_version_ | 1796979874714353664 |
---|---|
author | Mohd Zulkepli, Muna Afifah |
author_facet | Mohd Zulkepli, Muna Afifah |
author_sort | Mohd Zulkepli, Muna Afifah |
collection | UPM |
description | Bahasa sering kali dikaitkan dengan jiwa sesuatu bangsa sehingga terungkap
slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Maka kajian mengenai pelestarian bahasa
sukuan minoriti orang Asli di Malaysia yang berfokuskan kepada bahasa Jahai
di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Sungai Rual merupakan suatu
kajian yang serius serta harus diteliti segera dalam usaha untuk
mengekalkan jiwa bangsa suku Jahai supaya tidak lapuk ditelan zaman. Tidak
dapat dinafikan proses pembangunan di kawasan penempatan suku Jahai
juga telah mempengaruhi penutur Jahai. Sikap kaum Jahai yang mempunyai
pilihan dalam berbahasa selain bahasa Jahai juga dikenal pasti sebagai
elemen penghakisan bahasa Jahai dalam kalangan penutur Jahai. Selain itu,
bahasa pribumi lain serta bahasa lain juga turut mempengaruhi dan dikenal
pasti sebagai faktor penymbang ke arah mempercepat berlakunya
perubahan dari aspek ciri leksikal bahasa ini. Situasi dan kondisi inilah yang
menarik minat pengkaji untuk membuat kajian menggunakan pendekatan
sosiolinguistik bersandarkan kepada Analisis Linguistik Struktural, Teori
Domain Fishman (1972) dan Teori Tipologi Keterancaman Bahasa Edward dan
Sasse (1992) untuk menjawab dan menghuraikan tiga objektif kajian dalam
penyelidikan ini, iaitu mencerakinkan ciri leksikal, menganalisis penggunaan
bahasa dan merumuskan pengaruh dasar-dasar sosial terhadap bahasa Jahai.
Kajian ini menggunakan 92 sampel daripada 1086 populasi penutur natif
bahasa Jahai yang terdiri daripada empat peringkat generasi iaitu tua,
dewasa, remaja dan kanak-kanak di empat buah kampung yang terdapat di
Sungai Rual iaitu Kampung Manok, Kampung Sungai Rual, Kampung
Seberang dan Kampung Kalok.
Hasil kajian ini merumuskan bahawa bahasa Jahai kaya dengan kosa katanya
yang tersendiri. Penelitian yang dibuat terhadap sikap pemilihan bahasa
dalam kalangan masyarakat Jahai juga tidak konsisten dalam lapan domain
yang dikaji. Namun demikian, semangat mempertahankan dan melestarikan
bahasa ini terus kukuh dalam diri mereka berlandaskan ikatan kekeluargaan,
kejiranan dan kemasyarakatan. Sikap positif yang terdapat dalam diri suku
Jahai serta persekitaran alam yang lestari berjaya membendung serta mengelak rasa rendah diri dan rasa terpinggir terhadap bahasa mereka
walaupun mereka termasuk dalam kelompok penutur bahasa yang minoriti.
Pola penempatan berkelompok serta kejiranan mesra Jahai dalam RPS yang
disediakan oleh pihak kerajaan telah menjadikan bahasa mereka tetap utuh
walaupun ada resapan asimilasi dalam bahasa Jahai. Berdasarkan huraian
tipologi keterancaman bahasa pula, bahasa ini berada dalam tahap bertahan
berdasarkan 10 angkubah dalam model tipologi bahasa Edward dan Sasse
(1992) dengan peratusan perkahwinan campur dalam kalangan mereka yang
bukan berasal daripada suku Jahai iaitu sebanyak 7% keturunan ibu dan 1.1%
keturunan bapa. Walaupun peratusan ini kelihatan kecil berdasarkan situasi
sekarang, namun dikhuatiri peratusan ini akan meningkat dari semasa ke
semasa memandangkan orang Asli Jahai sudah mula menerima perkahwinan
campur dalam masyarakat mereka. Manakala, bagi angkubah kebolehan
berbahasa pula, kajian mendapati secara keseluruhannya terdapat 3%
responden kurang fasih, tidak fasih dan tidak tahu berbahasa Jahai. Sebagai
rumusan, dengan adanya dapatan dari aspek ciri leksikal, penggunaan
bahasa dan pengaruh dasar-dasar sosial terhadap bahasa Jahai ini, maka
perancangan bahasa Jahai agar kehidupan futuristik suku Jahai tetap mekar
dan utuh menuturkan bahasa Jahai sebagai bahasa jiwa bangsa. Khazanah
bahasa ini mesti terus dipertahankan supaya tidak pupus dan terus menjadi
komunikasi suku Jahai. |
first_indexed | 2024-03-06T10:15:19Z |
format | Thesis |
id | upm.eprints-75531 |
institution | Universiti Putra Malaysia |
language | Malay |
last_indexed | 2024-03-06T10:15:19Z |
publishDate | 2017 |
record_format | dspace |
spelling | upm.eprints-755312019-11-22T00:46:39Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75531/ Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik Mohd Zulkepli, Muna Afifah Bahasa sering kali dikaitkan dengan jiwa sesuatu bangsa sehingga terungkap slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Maka kajian mengenai pelestarian bahasa sukuan minoriti orang Asli di Malaysia yang berfokuskan kepada bahasa Jahai di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Sungai Rual merupakan suatu kajian yang serius serta harus diteliti segera dalam usaha untuk mengekalkan jiwa bangsa suku Jahai supaya tidak lapuk ditelan zaman. Tidak dapat dinafikan proses pembangunan di kawasan penempatan suku Jahai juga telah mempengaruhi penutur Jahai. Sikap kaum Jahai yang mempunyai pilihan dalam berbahasa selain bahasa Jahai juga dikenal pasti sebagai elemen penghakisan bahasa Jahai dalam kalangan penutur Jahai. Selain itu, bahasa pribumi lain serta bahasa lain juga turut mempengaruhi dan dikenal pasti sebagai faktor penymbang ke arah mempercepat berlakunya perubahan dari aspek ciri leksikal bahasa ini. Situasi dan kondisi inilah yang menarik minat pengkaji untuk membuat kajian menggunakan pendekatan sosiolinguistik bersandarkan kepada Analisis Linguistik Struktural, Teori Domain Fishman (1972) dan Teori Tipologi Keterancaman Bahasa Edward dan Sasse (1992) untuk menjawab dan menghuraikan tiga objektif kajian dalam penyelidikan ini, iaitu mencerakinkan ciri leksikal, menganalisis penggunaan bahasa dan merumuskan pengaruh dasar-dasar sosial terhadap bahasa Jahai. Kajian ini menggunakan 92 sampel daripada 1086 populasi penutur natif bahasa Jahai yang terdiri daripada empat peringkat generasi iaitu tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak di empat buah kampung yang terdapat di Sungai Rual iaitu Kampung Manok, Kampung Sungai Rual, Kampung Seberang dan Kampung Kalok. Hasil kajian ini merumuskan bahawa bahasa Jahai kaya dengan kosa katanya yang tersendiri. Penelitian yang dibuat terhadap sikap pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Jahai juga tidak konsisten dalam lapan domain yang dikaji. Namun demikian, semangat mempertahankan dan melestarikan bahasa ini terus kukuh dalam diri mereka berlandaskan ikatan kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan. Sikap positif yang terdapat dalam diri suku Jahai serta persekitaran alam yang lestari berjaya membendung serta mengelak rasa rendah diri dan rasa terpinggir terhadap bahasa mereka walaupun mereka termasuk dalam kelompok penutur bahasa yang minoriti. Pola penempatan berkelompok serta kejiranan mesra Jahai dalam RPS yang disediakan oleh pihak kerajaan telah menjadikan bahasa mereka tetap utuh walaupun ada resapan asimilasi dalam bahasa Jahai. Berdasarkan huraian tipologi keterancaman bahasa pula, bahasa ini berada dalam tahap bertahan berdasarkan 10 angkubah dalam model tipologi bahasa Edward dan Sasse (1992) dengan peratusan perkahwinan campur dalam kalangan mereka yang bukan berasal daripada suku Jahai iaitu sebanyak 7% keturunan ibu dan 1.1% keturunan bapa. Walaupun peratusan ini kelihatan kecil berdasarkan situasi sekarang, namun dikhuatiri peratusan ini akan meningkat dari semasa ke semasa memandangkan orang Asli Jahai sudah mula menerima perkahwinan campur dalam masyarakat mereka. Manakala, bagi angkubah kebolehan berbahasa pula, kajian mendapati secara keseluruhannya terdapat 3% responden kurang fasih, tidak fasih dan tidak tahu berbahasa Jahai. Sebagai rumusan, dengan adanya dapatan dari aspek ciri leksikal, penggunaan bahasa dan pengaruh dasar-dasar sosial terhadap bahasa Jahai ini, maka perancangan bahasa Jahai agar kehidupan futuristik suku Jahai tetap mekar dan utuh menuturkan bahasa Jahai sebagai bahasa jiwa bangsa. Khazanah bahasa ini mesti terus dipertahankan supaya tidak pupus dan terus menjadi komunikasi suku Jahai. 2017-11 Thesis NonPeerReviewed text ms http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75531/1/FBMK%202018%2040%20IR.pdf Mohd Zulkepli, Muna Afifah (2017) Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Sociolinguistics Minorities - Language Jehai language |
spellingShingle | Sociolinguistics Minorities - Language Jehai language Mohd Zulkepli, Muna Afifah Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title | Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title_full | Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title_fullStr | Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title_full_unstemmed | Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title_short | Kelestarian bahasa Jahai dari sudut sosiolinguistik |
title_sort | kelestarian bahasa jahai dari sudut sosiolinguistik |
topic | Sociolinguistics Minorities - Language Jehai language |
url | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75531/1/FBMK%202018%2040%20IR.pdf |
work_keys_str_mv | AT mohdzulkeplimunaafifah kelestarianbahasajahaidarisudutsosiolinguistik |