Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih

Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang berlegar soal perlunya untuk diusahakan satu kajian ilmiah bagi meneliti novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd. antara tahun 2010 hingga 2014, selain membandingkan novel-novel terbitan kedua-dua syarikat penerbitan ters...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Md Arifin, Nursuhada
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75574/1/FBMK%202018%2058%20IR.pdf
_version_ 1825950492939780096
author Md Arifin, Nursuhada
author_facet Md Arifin, Nursuhada
author_sort Md Arifin, Nursuhada
collection UPM
description Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang berlegar soal perlunya untuk diusahakan satu kajian ilmiah bagi meneliti novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd. antara tahun 2010 hingga 2014, selain membandingkan novel-novel terbitan kedua-dua syarikat penerbitan tersebut. Dengan permasalahan ini, kajian ini menetapkan tiga objektif, iaitu meneliti dasar-dasar penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., menganalisis isi kandungan novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., dan membandingkan antara Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dengan PTS Sdn. Bhd., dari segi dasar penerbitan dan manifestasinya dalam novel-novel yang dikaji. Bagi merealisasikan tiga objektif tersebut, kajian ini menerapkan Sosiologi Sastera yang falsafah serta prinsipnya, melahirkan “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera”. “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera” ini menggariskan aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang dianggap melingkungi penghasilan teks sastera. Dengan meneliti kedua-dua aspek tersebut, kajian ini memilih 4 buah novel; 2 terbitan terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., iaitu Relasi (2013) karya Hilal Asyraf, dan Tuhan Lebih Saintifik (2013) karya Farhan Hadi, manakala 2 lagi terbitan PTS Sdn. Bhd., iaitu Syahadah Gadis Ateis (2010) karya Imran Haaz dan Hantaran Kasih Tuhan (2014) karya Noorfadzillah Omar. Hasil analisis mendapati Galeri Ilmu Sdn. Bhd. menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai garis panduan penerbitan “Novel Tarbiah”, manakala PTS Sdn. Bhd. pula menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai “Teknik Surah Yusuf”. Hasil analisis juga mendapati novel-novel yang dikaji rata-rata menyerlahkan kemantapannya sebagai sebuah cerita, sebagaimana yang terserlah pada manipulasi alat-alat penceritaan seperti tema, pengajaran, watak dan perwatakan, plot dan latar. Begitu juga aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang didapati saling memainkan peranan penting dalam penghasilan serta penghayatan novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Secara perbandingan, dan keseluruhannya, baik Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mahupun PTS Sdn. Bhd., masing-masing mempunyai dasar penerbitan dengan kriteria-kriteria penerbitan yang jelas, sejajar dengan visi dan prinsip penerbitan kedua-dua syarikat, serta dimanifestasikan pula dalam novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Penemuan-penemuan ini diharap dapat sekurang-kurangnya menyumbang dalam memperkayakan lagi korpus penyelidikan ilmiah khususnya berkaitan novel-novel popular.
first_indexed 2024-03-06T10:15:26Z
format Thesis
id upm.eprints-75574
institution Universiti Putra Malaysia
language Malay
last_indexed 2024-03-06T10:15:26Z
publishDate 2017
record_format dspace
spelling upm.eprints-755742019-11-27T01:54:37Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75574/ Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih Md Arifin, Nursuhada Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan yang berlegar soal perlunya untuk diusahakan satu kajian ilmiah bagi meneliti novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd. antara tahun 2010 hingga 2014, selain membandingkan novel-novel terbitan kedua-dua syarikat penerbitan tersebut. Dengan permasalahan ini, kajian ini menetapkan tiga objektif, iaitu meneliti dasar-dasar penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., menganalisis isi kandungan novel-novel terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan PTS Sdn. Bhd., dan membandingkan antara Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dengan PTS Sdn. Bhd., dari segi dasar penerbitan dan manifestasinya dalam novel-novel yang dikaji. Bagi merealisasikan tiga objektif tersebut, kajian ini menerapkan Sosiologi Sastera yang falsafah serta prinsipnya, melahirkan “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera”. “Kaedah Integrasi dalam Kajian Sastera” ini menggariskan aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang dianggap melingkungi penghasilan teks sastera. Dengan meneliti kedua-dua aspek tersebut, kajian ini memilih 4 buah novel; 2 terbitan terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., iaitu Relasi (2013) karya Hilal Asyraf, dan Tuhan Lebih Saintifik (2013) karya Farhan Hadi, manakala 2 lagi terbitan PTS Sdn. Bhd., iaitu Syahadah Gadis Ateis (2010) karya Imran Haaz dan Hantaran Kasih Tuhan (2014) karya Noorfadzillah Omar. Hasil analisis mendapati Galeri Ilmu Sdn. Bhd. menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai garis panduan penerbitan “Novel Tarbiah”, manakala PTS Sdn. Bhd. pula menggariskan dasar penerbitan yang dirujuk sebagai “Teknik Surah Yusuf”. Hasil analisis juga mendapati novel-novel yang dikaji rata-rata menyerlahkan kemantapannya sebagai sebuah cerita, sebagaimana yang terserlah pada manipulasi alat-alat penceritaan seperti tema, pengajaran, watak dan perwatakan, plot dan latar. Begitu juga aspek Dimensi Seni dan aspek Dimensi Sosial yang didapati saling memainkan peranan penting dalam penghasilan serta penghayatan novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Secara perbandingan, dan keseluruhannya, baik Galeri Ilmu Sdn. Bhd. mahupun PTS Sdn. Bhd., masing-masing mempunyai dasar penerbitan dengan kriteria-kriteria penerbitan yang jelas, sejajar dengan visi dan prinsip penerbitan kedua-dua syarikat, serta dimanifestasikan pula dalam novel-novel popular terbitan kedua-dua syarikat. Penemuan-penemuan ini diharap dapat sekurang-kurangnya menyumbang dalam memperkayakan lagi korpus penyelidikan ilmiah khususnya berkaitan novel-novel popular. 2017-10 Thesis NonPeerReviewed text ms http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75574/1/FBMK%202018%2058%20IR.pdf Md Arifin, Nursuhada (2017) Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Sociology - Literary collections Literature publishing
spellingShingle Sociology - Literary collections
Literature publishing
Md Arifin, Nursuhada
Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title_full Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title_fullStr Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title_full_unstemmed Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title_short Hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
title_sort hubungan dasar dengan manifestasi penerbitan dalam novel popular terpilih
topic Sociology - Literary collections
Literature publishing
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75574/1/FBMK%202018%2058%20IR.pdf
work_keys_str_mv AT mdarifinnursuhada hubungandasardenganmanifestasipenerbitandalamnovelpopularterpilih