Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup: kerangka konseptual

Kemajuan dalam kehidupan masyarakat luar bandar merujuk kepada kualiti hidup yang dinilai berdasarkan kepuasan peribadi mereka yang melibatkan nilai kebahagiaan, material dan perlakuan yang diamalkan. Justeru itu, penekanan adalah untuk menentukan peranan saluran komunikasi kepada perubahan kualiti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Alan, Ribka, Hassan, Md. Salleh, Bolong, Jusang, Osman, Mohd Nizam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia Bintulu Sarawak Campus 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76480/1/ICOSSH2019-11.pdf
Description
Summary:Kemajuan dalam kehidupan masyarakat luar bandar merujuk kepada kualiti hidup yang dinilai berdasarkan kepuasan peribadi mereka yang melibatkan nilai kebahagiaan, material dan perlakuan yang diamalkan. Justeru itu, penekanan adalah untuk menentukan peranan saluran komunikasi kepada perubahan kualiti hidup kepada penduduk luar bandar. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membincangkan secara konseptual mengenai hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Bagi menilai kualiti hidup yang lebih baik dan hubungan dengan peranan saluran komunikasi yang sedia ada akan menggunakan sepuluh komponen kualiti hidup yang telah digariskan dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia 2004. Perbincangan yang didasari oleh sorotan literatur boleh membantu penyelidik yang membuat kajian berkaitan dalam menyesuaikan instrumen kajian terutamanya di kawasan luar bandar. Tambahan pula, penulis turut membincangkan kaedah yang akan digunakan bagi analisis data seperti statistik deskriptif, pekali korelasi separa dan regresi pelbagai. Penetapan kerangka konseptual kajian ini penting dalam mengadaptasi instrumen penilaian kualiti hidup bagi masyarakat di luar bandar pada masa akan datang.