Pelajar UPM Raih Tempat Ketiga Flextronics Eco-Challenge

KUALA LUMPUR, 24 November – Tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat ketiga dalam pertandingan Flextronics Eco-Challenge 2010. Pasukan UPM yang terdiri daripada Gooi Siao Meng, Lim Chin Siang, Ngoh Ying Yuan dan Samson Joseph dibimbing oleh Dr. Nor Rasidah Hashim memenangi hadia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7662/1/Pelajar_UPM_Raih_Tempat_Ketiga.pdf
Description
Summary:KUALA LUMPUR, 24 November – Tiga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih tempat ketiga dalam pertandingan Flextronics Eco-Challenge 2010. Pasukan UPM yang terdiri daripada Gooi Siao Meng, Lim Chin Siang, Ngoh Ying Yuan dan Samson Joseph dibimbing oleh Dr. Nor Rasidah Hashim memenangi hadiah wang tunai USD2,000. Produk mereka iaitu ‘Four Season Christmas Three’ menggunakan tenaga solar untuk menjana mentol lampu tanpa penggunaan sumber elektrik. Pertandingan disertai oleh 24 pelajar (empat pelajar setiap kumpulan) yang terdiri daripada pasukan UPM A, UPM B, Universiti Sains Malaysia (USM) A dan B serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) A dan B bertujuan untuk mencungkil bakat inovasi pelajar menghasilkan produk elektronik yang mengurangkan pembebasan karbon dengan menggunakan bahan kitar semula. Pasukan UPM A dan B bergambar kenangan bersama penyelaras mereka. Pasukan USM A muncul juara dengan menggondol hadiah wang tunai USD5,000 dan naib juara pasukan USM B meraih USD3,000. Berita ditulis oleh Seksyen Media Bahagian Komunikasi Korporat (Mohd Faisal Md Noor 03-89467467), Gambar disumbangkan oleh Unit Foto BKK 03-89466199). Pasukan USM A muncul juara dengan menggondol hadiah wang tunai USD5,000 dan naib juara pasukan USM B meraih USD3,000.