Faktor mempengaruhi kompetensi TPACK guru PTV di Semenanjung Malaysia

Tenaga pengajar yang kompeten menjadi antara fokus utama dalam transformasi TVET. Profesion keguruan menuntut guru sentiasa berusaha mempertingkat kualiti profesionalisme mereka agar dapat menjadi guru yang kompeten dan berkualiti. Disamping itu, Guru PTV haruslah bersedia mendepani ledakan teknolog...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Salleh @ Omar, Mohammad Hafiz, Abdul Kadir, Suhaida, Jamaluddin, Rahimah, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76803/1/ICERP_2019-13.pdf
Description
Summary:Tenaga pengajar yang kompeten menjadi antara fokus utama dalam transformasi TVET. Profesion keguruan menuntut guru sentiasa berusaha mempertingkat kualiti profesionalisme mereka agar dapat menjadi guru yang kompeten dan berkualiti. Disamping itu, Guru PTV haruslah bersedia mendepani ledakan teknologi dalam revolusi industri 4.0 agar mereka seiring dan sealiran dengan pembelajaran abad ke 21. Maka kerangka TPACK dilihat dapat memenuhi kompetensi yang perlu ada pada guru PTV. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat faktor yang mempengaruhi kompetensi TPACK guru PTV. Kemudian melihat hubungan peranan pementoran dan persekitaran sekolah dengan kompetesi TPACK guru PTV. Sebanyak 400 guru PTV dari dua kategori institusi beraliran TVET dibawah Kemeterian Pendidikan Malaysia dipilih sebagai sampel kajian iaitu SMK aliran MPV/PVMA dan Kolej Vokasional telah dipilih. Data dianalisis menggunakan analisis ujian-t, korelasi dan regresi linear berganda. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan tahap kompetensi pengetahuan teknologi diantara dua kategori sekolah ini. Peranan pementoran juga mempunyai hubungan signifikan positif dengan tahap komptensi TPACK guru PTV. Manakala persekitaran sekolah meramal perubahan tahap kompetensi TPACK guru PTV di Semenanjung Malaysia.