Kesalahan ejaan dalam penulisan kanak-kanak disleksia

Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis kesalahan dalam penulisan kanak-kanak disleksia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti mekanisme kesalahan ejaan dalam penulisan kanak-kanak disleksia berdasarkan Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994). Kaedah yang digunakan dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nasukadan, Anida, Subramaniam, Vijayaletchumy
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Kementerian Pendidikan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76884/1/SeminarJ2-3.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat jenis-jenis kesalahan dalam penulisan kanak-kanak disleksia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti mekanisme kesalahan ejaan dalam penulisan kanak-kanak disleksia berdasarkan Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan.Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994) digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian kajian ini terdiri daripada empat orang kanak-kanak disleksia yang telah mengikuti Program Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia tetapi belum melepasi tahap pencapaian yang sepatutnya.Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berdasarkan tujuh mekanisme kesalahan yang digariskan oleh Levinson (1994), didapati terdapat dua jenis kesalahan yang dominan dilakukan oleh sampel kajian. Kesalahan tersebut ialah kesalahan penggantian huruf dan kesalahan pengguguran huruf.