Institusi sosial Melayu dalam novel Luka Nering

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji institusi sosial Melayu dalam novel Luka Nering (2014) karya Malim Ghozali PK. Institusi sosial merujuk kepada organisasi yang membolehkan ahli-ahli masyarakat dikelompokkan, mengguna pakai peraturan-peraturan yang standard dan berpotensi untuk berkembang. Institu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Khalid, Noor Fatin Alia', Mohd Hanafiah, Halis Azhan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76892/1/Sutera-3.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengkaji institusi sosial Melayu dalam novel Luka Nering (2014) karya Malim Ghozali PK. Institusi sosial merujuk kepada organisasi yang membolehkan ahli-ahli masyarakat dikelompokkan, mengguna pakai peraturan-peraturan yang standard dan berpotensi untuk berkembang. Institusi sosial yang paling kecil ialah keluarga dan institusi sosial yang paling besar ialah negara. Kajian ini memfokuskan kepada tiga institusi sosial yang lazim ditemukan dalam dunia Melayu iaitu keluarga, masyarakat setempat dan negara. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan hubungan antara unsur-unsur dunia Melayu dengan dinamika institusi sosial dalam novel Luka Nering. Oleh itu, kajian ini menerapkan teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang (1989) sebagai kerangka kajian. Teori Pengkaedahan Melayu terbahagi dua iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Pengkaedahan Alamiah terdiri daripada Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Pengkaedahan Keagamaan pula terdiri daripada Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni. Kajian ini mendapati bahawa institusi sosial Melayu dalam novel Luka Nering diperagakan kepada dua tahap iaitu keluarga dan masyarakat setempat.