Reka bentuk dan prestasi peranti pemeteran penabur terus biji benih padi
Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi yang sihat. Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7782/1/FK_2008_92A.pdf |
Summary: | Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan
padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi
yang sihat. Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka
bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran dimensi benih padi serta
kesesuaian bahan adalah berasaskan benih padi dari variety MR220.
Peranti pemeteran yang dihasilkan telah diuji di dalam dan luar makmal dengan
mengenakan beberapa faktor luaran yang boleh mempengaruhi prestasi dan perlakuan
alat tersebut. Faktor luaran yang dikenakan kepada anak benih adalah kelembapan benih
padi, kelajuan tolakan angin dan kelajuan pusingan peranti. Selain dari itu peranti juga
diuji secara manual dan juga dengan traktor di tapak sawah kering.
Dari keseluruhan pengujian yang dibuat, dapat dikatakan bahawa prestasi peranti
pemeteran sangat dipengaruhi oleh kelembapan biji benih padi. Benih padi dalam
keadaan kering amat mudah melungsur keluar dari unit permeteran tersebut tetapi benih
padi basah amat sukar di lepaskan dan penggunaan hembusan udara berterusan ke dalam
takung benih dapat mengatasi masalah tersebut.
Pada keadaan kering, purata jumlah benih padi yang dilepaskan dari unit
pemeteran tersebut adalah sebanyak 5 butir dalam satu longgokkan. Pengujian dengan
benih padi dalam keadaan lembap dibantu denga hembusan angin pula menghasilkan
purata sejatuhan sebanyak 3 butir. Selain dari itu peranti pemeteran tersebut dapat
memberikan purata jarak jatuhan benih sejauh 22sm pada semua keadaan ujikaji. |
---|