Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor harga, jenama dan kualiti yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 200 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan mereka dipilih melalui persampelan rawak sistematik. Data dikumpul den...

Cur síos iomlán

Sonraí bibleagrafaíochta
Príomhchruthaitheoirí: Osman, Syuhaily, Ahmad, Nashatul Hasra
Formáid: Alt
Foilsithe / Cruthaithe: Malaysian Consumer and Family Economics Association 2019
Cur síos
Achoimre:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor harga, jenama dan kualiti yang mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Sebanyak 200 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan mereka dipilih melalui persampelan rawak sistematik. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Ujian korelasi Pearson telah dilakukan untuk perkaitan antara faktor harga, jenama, kualiti dan kesetiaan terhadap jenama manakala ujian analisis regresi berganda digunakan bagi menentukan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama. Hasil kajian mendapati bahawa, perkaitan antara pemboleh ubah bebas dengan kesetiaan terhadap jenama wujud antara faktor harga (p=0.000), faktor jenama (p=0.000) dan faktor kualiti (p=0.000). Secara keseluruhan, faktor jenama merupakan faktor yang paling mempengaruhi kesetiaan terhadap jenama dalam kalangan mahasiswa Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pengguna, pengeluar, pemasar dan penyelidik untuk mengekalkan kesetiaan terhadap jenama.