Keberkesanan penggunaan bahasa dalam akhbar Melayu: tindak balas strategik terhadap literasi kesihatan dalam kalangan pembaca tempatan

Media dan masyarakat disatukan melalui bahasa, justeru strategi penggunaan bahasa yang berkesan akan memastikan proses penyampaian maklumat dalam rencana kesihatan berlangsung dengan lancar. Namun begitu, kesalahan dan kesilapan berbahasa dalam rencana kesihatan menyekat kelancaran tersebut. Oleh it...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sha'ri, Sharil Nizam, Yaakob, Nor Azuwan, Hassan, Mohd Hazreen Shah
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Teras (PPT), KUIS 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/80355/1/Keberkesanan%20penggunaan%20bahasa%20dalam%20akhbar%20Melayu%20tindak%20balas%20strategik%20terhadap%20literasi%20kesihatan%20dalam%20kalangan%20pembaca%20tempatan.pdf
Description
Summary:Media dan masyarakat disatukan melalui bahasa, justeru strategi penggunaan bahasa yang berkesan akan memastikan proses penyampaian maklumat dalam rencana kesihatan berlangsung dengan lancar. Namun begitu, kesalahan dan kesilapan berbahasa dalam rencana kesihatan menyekat kelancaran tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi penggunaan bahasa penulisan rencana kesihatan dalam akhbar. Dari segi metodologi, pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menganalisis data kajian. Dalam pada itu, data kajian diperolehi daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan pada 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016 yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan dua belas (12) ciri bahasa penulisan kewartawanan yang dikemukakan oleh Waterhouse (1989). Hasil kajian mendapati bahawa strategi penggunaan kata dalam rencana kesihatan ada kalanya mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan dan ada kalanya tidak mematuhi ciri-ciri bahasa penulisan kewartawanan seperti yang disarankan oleh Waterhouse (1989) seperti penggunaan kata/istilah jargon, kesalahan ejaan dan penggunaan kata yang menunjukkan ketidakpastian. Strategi pembentukan ayat dalam rencana kesihatan juga didapati panjang dan melebihi jumlah maksimum patah perkataan yang disarankan. Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati bahawa strategi penggunaan bahasa yang berkesan ditentukan oleh pemilihan perkataan yang tepat, mudah difahami, berpengaruh; dan pembentukan ayat yang pendek dan jelas walaupun gaya penulisan rencana kesihatan bergantung kepada topik kesihatan dan terikat dengan gaya penerbitan akhbar (house style).