Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'

Kebanyakan drama Melayu kini semakin mengabaikan imej orang Melayu dalam pembentukan identiti bangsa. Ketidaktepatan imej yang dipancarkan melalui drama Melayu merupakan masalah yang perlu dikenalpasti. Persoalannya, adakah imej yang dipaparkan melalui drama Melayu dapat menggugat perubahan kogni...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Bolong, Jusang
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8214/1/FEM_1998_2_A.pdf
_version_ 1796967482622214144
author Bolong, Jusang
author_facet Bolong, Jusang
author_sort Bolong, Jusang
collection UPM
description Kebanyakan drama Melayu kini semakin mengabaikan imej orang Melayu dalam pembentukan identiti bangsa. Ketidaktepatan imej yang dipancarkan melalui drama Melayu merupakan masalah yang perlu dikenalpasti. Persoalannya, adakah imej yang dipaparkan melalui drama Melayu dapat menggugat perubahan kognitif dan apakah hubungannya dengan tingkat interaksi penonton? Objektif kajian eksperimen ini adalah 1) untuk mengenalpasti tingkat interaksi penonton dengan drama Melayu di televisyen; 2) untuk mengenalpasti perubahan kognitif penonton drama Melayu di televisyen dan; 3) untuk mengenalpasti hubungan di antara perubahan kognitif dengan tingkat interaksi penonton drama Melayu di televisyen.Kajian ini dijalankan mengikut Rekabentuk Kawalan Prauji dan Postuji. Seramai 40 orang pelajar komunikasi dipilih. Kumpulan rawatan dibahagikan kepada dua, kumpulan kawalan (20 orang) dan kumpulan eksperimen (20 orang). Pembahagian ditentukan secara rawak. Kumpulan eksperimen dipertontonkan dengan Drama Jutawan Segera sebagai rangsangan. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik prauji dan postuji. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang peratusan, purata, sisihan piawai. Ujian Berpasangan Wilcoxon-Signed Rank dan Ujian Korelasi juga digunakan. Hasil kajian ialah 1) tingkat interaksi penonton pada tahap menonton, membacalmenginterpretasi dan mengguna adalah tinggi; 2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu) sebelum dan selepas menonton Drama Jutawan Segera, dan; 3) tingkat interaksi yang tinggi pada tahap menonton, membaca/menginterpretasi dan mengguna tidak meningkatkan perubahan kognitif keseluruhan. Bagaimanapun, peningkatan tahap membaca/menginterpretasi akan menambahkan darjah ketepatan imej pemikiran berbanding peningkatan tahap mengguna. Pada amnya, dapat dirumuskan bahawa perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu berdasarkan Drama Jutawan Segera) tidak bergantung kepada tingkat interaksi penonton.
first_indexed 2024-03-06T07:14:34Z
format Thesis
id upm.eprints-8214
institution Universiti Putra Malaysia
language English
Malay
last_indexed 2024-03-06T07:14:34Z
publishDate 1998
record_format dspace
spelling upm.eprints-82142010-10-22T09:03:52Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8214/ Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera' Bolong, Jusang Kebanyakan drama Melayu kini semakin mengabaikan imej orang Melayu dalam pembentukan identiti bangsa. Ketidaktepatan imej yang dipancarkan melalui drama Melayu merupakan masalah yang perlu dikenalpasti. Persoalannya, adakah imej yang dipaparkan melalui drama Melayu dapat menggugat perubahan kognitif dan apakah hubungannya dengan tingkat interaksi penonton? Objektif kajian eksperimen ini adalah 1) untuk mengenalpasti tingkat interaksi penonton dengan drama Melayu di televisyen; 2) untuk mengenalpasti perubahan kognitif penonton drama Melayu di televisyen dan; 3) untuk mengenalpasti hubungan di antara perubahan kognitif dengan tingkat interaksi penonton drama Melayu di televisyen.Kajian ini dijalankan mengikut Rekabentuk Kawalan Prauji dan Postuji. Seramai 40 orang pelajar komunikasi dipilih. Kumpulan rawatan dibahagikan kepada dua, kumpulan kawalan (20 orang) dan kumpulan eksperimen (20 orang). Pembahagian ditentukan secara rawak. Kumpulan eksperimen dipertontonkan dengan Drama Jutawan Segera sebagai rangsangan. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik prauji dan postuji. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang peratusan, purata, sisihan piawai. Ujian Berpasangan Wilcoxon-Signed Rank dan Ujian Korelasi juga digunakan. Hasil kajian ialah 1) tingkat interaksi penonton pada tahap menonton, membacalmenginterpretasi dan mengguna adalah tinggi; 2) tidak terdapat perbezaan yang signifikan perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu) sebelum dan selepas menonton Drama Jutawan Segera, dan; 3) tingkat interaksi yang tinggi pada tahap menonton, membaca/menginterpretasi dan mengguna tidak meningkatkan perubahan kognitif keseluruhan. Bagaimanapun, peningkatan tahap membaca/menginterpretasi akan menambahkan darjah ketepatan imej pemikiran berbanding peningkatan tahap mengguna. Pada amnya, dapat dirumuskan bahawa perubahan kognitif (perubahan darjah ketepatan imej orang Melayu berdasarkan Drama Jutawan Segera) tidak bergantung kepada tingkat interaksi penonton. 1998 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8214/1/FEM_1998_2_A.pdf Bolong, Jusang (1998) Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay drama - History and criticism Malay
spellingShingle Malay drama - History and criticism
Bolong, Jusang
Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title_full Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title_fullStr Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title_full_unstemmed Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title_short Perubahan Kognitif dan Tingkat Interaksi Penonton dengan Drama Melayu di Televisyen: Analisis Drama 'Jutawan Segera'
title_sort perubahan kognitif dan tingkat interaksi penonton dengan drama melayu di televisyen analisis drama jutawan segera
topic Malay drama - History and criticism
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8214/1/FEM_1998_2_A.pdf
work_keys_str_mv AT bolongjusang perubahankognitifdantingkatinteraksipenontondengandramamelayuditelevisyenanalisisdramajutawansegera