Ujaran saling memahami dalam filem Nordin Ahmad

Ujaran saling memahami merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar walaupun ujaran tersebut mengandungi pelbagai bentuk bahasa. Dalam penyelidikan ini, objektif yang terdapat penyelidikan ini ia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Saimon, Aminnudin, Hamzah, Zailtul Azma Zainon
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak 2019
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82456/1/Ujaran%20saling%20memahami.pdf
Description
Summary:Ujaran saling memahami merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar walaupun ujaran tersebut mengandungi pelbagai bentuk bahasa. Dalam penyelidikan ini, objektif yang terdapat penyelidikan ini ialah menganalisis ujaran saling memahami menggunakan pendekatan pragmatik. Data penyelidikan diperoleh daripada empat buah filem Melayu klasik, iaitu filem Semerah Padi (1956), filem Hang Jebat (1961), filem Seri Mersing (1961) dan filem Lancang Kuning (1962). Hasil penyelidikan ini mendapati, untuk mewujudkan hubungan saling memahami unsur lakuan bahasa dan bentuk bahasa berperanan dalam membantu pendengar memahami ujaran penutur. Bahasa yang melatari sesuatu ujaran dapat diinterpretasi makna sebenarnya berdasarkan kognitif seseorang, faktor lakuan bahasa dan pengetahuan ilmu yang maksimum. Penggunaan teori pragmatik dalam penyelidikan ini ialah Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986) dan Teori Lakuan Bahasa (Searle, 1969) dilihat amat berwibawa dalam merungkai makna hajat komunikatif penutur, diinterpretasi dan difahami oleh pendengar dan seterusnya mewujudkan hubungan saling memahami.