Interpretasi nilai murni berdasarkan peribahasa Melayu dalam novel-novel pilihan

Peribahasa Melayu mengandungi pelbagai teladan yang tinggi nilainya. Justeru, kajian ini dijalankan supaya masyarakat sedar betapa pentingnya nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kalangan generasi hari ini. Dalam kajian ini, pengkaji men...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Haslindar Nor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83345/1/FBMK%202019%205%20-ir.pdf
Description
Summary:Peribahasa Melayu mengandungi pelbagai teladan yang tinggi nilainya. Justeru, kajian ini dijalankan supaya masyarakat sedar betapa pentingnya nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kalangan generasi hari ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan tiga objektif, iaitu pertama mengenal pasti nilai murni yang terkandung dalam peribahasa yang terdapat dalam novel-novel pilihan. Kedua, menginterpretasi nilai murni yang terdapat dalam peribahasa dengan menggunakan teori Relevans. Ketiga, merumus kesesuaian penggunaan peribahasa dalam nilai murni dalam kalangan murid sekolah. Kajian ini akan menggunakan pendekatan pragmatik, dan mengaplikasikan Teori Relevans yang dikemukakan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan diperkemas pada tahun (1995). Metodologi kajian ini ialah menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan lima buah novel KOMSAS tingkatan satu sehingga lima yang dikaji di Zon Tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Kelima-lima novel ialah Destinasi Impian (2015), Meniti Impian (2016), Tawanan Komander Caucasus (2016), Leftenan Adnan Wira Bangsa (2014) dan Tirani (2015). Sebanyak 46 peribahasa Melayu diperolehi daripada pembacaan teliti terhadap kelima-lima buah novel. Penggunaan peribahasa yang terdapat dalam novel mengandungi 16 nilai murni berdasarkan FPK adalah tidak konsisten dan tidak sama rata. Melalui kajian, didapati novel-novel pilihan berjaya menerapkan 10 nilai murni daripada 16 nilai murni yang terdapat dalam FPK. Nilai berhemah tinggi dan keberanian paling banyak diserlahkan dalam peribahasa dan yang paling sedikit ialah nilai kerjasasma dan kebersihan fizikal dan mental. Nilai yang tidak diserlahkan dalam peribahasa ialah nilai semangat bermasyarakat, kesederhanaan, keadilan, rasional dan hormat menghormati. Walaupun tidak seimbang penerapan nilainya, namun peribahasa yang terkandung dalam novel KOMSAS menggarap pelbagai nilai murni yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid, terutama semasa mereka bergaul dengan masyarakat sekeliling.