Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan

Kajian giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan dilakukan bertujuan untuk membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku di antara peserta perbualan. Perbualan disifatkan sebagai wacana yang tidak terancang kerana berlaku secara spontan tanpa adanya teks ataupun skrip. Hal ini secara t...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Soh, Nur Amirah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85147/1/FBMK%202020%2046%20ir.pdf
_version_ 1825952065399029760
author Che Soh, Nur Amirah
author_facet Che Soh, Nur Amirah
author_sort Che Soh, Nur Amirah
collection UPM
description Kajian giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan dilakukan bertujuan untuk membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku di antara peserta perbualan. Perbualan disifatkan sebagai wacana yang tidak terancang kerana berlaku secara spontan tanpa adanya teks ataupun skrip. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kajian wacana perbualan dalam radio ini berlaku secara semula jadi. Namun demikian, perbualan dalam bual bicara radio yang berlaku secara semula jadi ini sering kali berlakunya celahan, pertindanan dan gangguan semasa berbicara yang perlu dititikberatkan kerana perbualan dalam media elektronik mudah menjadi tatapan umum. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini ialah mengenal pasti giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji, menjelaskan aspek pengambilan giliran berdasarkan sistem kesopanan dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji dan menganalisis pola pengambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji. Dalam kajian ini, sebanyak enam rakaman perbualan radio segmen Usrah Nurani, Destinasi yang disiarkan menerusi radio IKIMfm. Keenam-enam data perbualan ini akan ditranskripsi dengan menggunakan Glossary of Transcript Symbols with an Introduction oleh Jefferson (2004) dan dianalisis berdasarkan analisis kandungan teks dengan menggunakan Teori Pengambilan Giliran Liddicoat (2011) dan Sistem Kesopanan Scollon, Scollon dan Jones (2012). Aspek giliran bertutur yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur semasa dan penutur semasa meneruskan perbualan. Manakala sistem kesopanan yang akan dihuraikan dalam kajian ini ialah Sistem Kesopanan Penghormatan, Sistem Kesopanan Kebersamaan dan Sistem Kesopanan Hierarki. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga giliran bertutur berlaku dalam bual bicara radio begitu juga dengan ketiga-tiga sistem kesopanan tersebut. Oleh itu, kajian bual bicara radio ini menunjukkan kepentingan untuk mematuhi giliran bertutur dalam perbualan bukan sahaja khusus kepada peserta bual bicara malah kepada masyarakat secara umumnya.
first_indexed 2024-03-06T10:39:23Z
format Thesis
id upm.eprints-85147
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T10:39:23Z
publishDate 2020
record_format dspace
spelling upm.eprints-851472021-12-30T07:03:06Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85147/ Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan Che Soh, Nur Amirah Kajian giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan dilakukan bertujuan untuk membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku di antara peserta perbualan. Perbualan disifatkan sebagai wacana yang tidak terancang kerana berlaku secara spontan tanpa adanya teks ataupun skrip. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kajian wacana perbualan dalam radio ini berlaku secara semula jadi. Namun demikian, perbualan dalam bual bicara radio yang berlaku secara semula jadi ini sering kali berlakunya celahan, pertindanan dan gangguan semasa berbicara yang perlu dititikberatkan kerana perbualan dalam media elektronik mudah menjadi tatapan umum. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini ialah mengenal pasti giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji, menjelaskan aspek pengambilan giliran berdasarkan sistem kesopanan dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji dan menganalisis pola pengambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan yang dikaji. Dalam kajian ini, sebanyak enam rakaman perbualan radio segmen Usrah Nurani, Destinasi yang disiarkan menerusi radio IKIMfm. Keenam-enam data perbualan ini akan ditranskripsi dengan menggunakan Glossary of Transcript Symbols with an Introduction oleh Jefferson (2004) dan dianalisis berdasarkan analisis kandungan teks dengan menggunakan Teori Pengambilan Giliran Liddicoat (2011) dan Sistem Kesopanan Scollon, Scollon dan Jones (2012). Aspek giliran bertutur yang akan dibincangkan dalam kajian ini ialah penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur semasa dan penutur semasa meneruskan perbualan. Manakala sistem kesopanan yang akan dihuraikan dalam kajian ini ialah Sistem Kesopanan Penghormatan, Sistem Kesopanan Kebersamaan dan Sistem Kesopanan Hierarki. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga giliran bertutur berlaku dalam bual bicara radio begitu juga dengan ketiga-tiga sistem kesopanan tersebut. Oleh itu, kajian bual bicara radio ini menunjukkan kepentingan untuk mematuhi giliran bertutur dalam perbualan bukan sahaja khusus kepada peserta bual bicara malah kepada masyarakat secara umumnya. 2020-01 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85147/1/FBMK%202020%2046%20ir.pdf Che Soh, Nur Amirah (2020) Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Radio talk shows
spellingShingle Radio talk shows
Che Soh, Nur Amirah
Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title_full Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title_fullStr Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title_full_unstemmed Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title_short Giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
title_sort giliran bertutur dalam bual bicara radio tempatan
topic Radio talk shows
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85147/1/FBMK%202020%2046%20ir.pdf
work_keys_str_mv AT chesohnuramirah giliranbertuturdalambualbicararadiotempatan