SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010

SERDANG, 16 Disember – Perjalanan jauh ternyata berbaloi bagi sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, apabila mereka muncul juara dalam pertandingan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi (Kempas) 2010 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di Hutan S...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8826/1/SMK_Wilayah_Persekutuan_Labuan_Johan_Kempas_2010.pdf
_version_ 1825944470727688192
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
collection UPM
description SERDANG, 16 Disember – Perjalanan jauh ternyata berbaloi bagi sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, apabila mereka muncul juara dalam pertandingan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi (Kempas) 2010 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, di sini. Kumpulan pelajar terbabit berjaya mengutip markah tertinggi dalam kesemua modul pertandingan yang disediakan mengalahkan pasukan daripada sembilan negeri lain sekali gus membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000 berserta piala pusingan dan sijil penyertaan. Salah seorang pemenang, Daniel Ian Obot, 16, berkata selain gembira dengan kemenangan tersebut, program itu banyak memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan menghargai alam sekitar serta meningkatkan kefahaman terhadap pendidikan alam semula jadi melalui kaedah amali. “Selama empat hari berada di hutan kami diberi banyak pendedahan mengenai alam sekitar, flora dan fauna. Di sini juga kami berpeluang melakukan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan secara amali untuk mengenali lebih dekat khazanah alam yang terdapat di hutan,” katanya. Tempat kedua, dimenangi oleh pasukan dari SMK Perempuan Sultan Ibrahim Johor manakala tempat ketiga berjaya diduduki pasukan dari Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu, Sabah. Kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM800 dan RM600 berserta sijil penyertaan. Beberapa anugerah lain turut disampaikan termasuk Anugerah Perdana Alam yang dimenangi oleh Fitri Helyani16, dari SMK Wilayah Persekutuan Labuan, Anugerah Kepimpinan Alam dimenangi oleh Mohd. Hafiz Hadi, 16, dari Sekolah SM Sains Lahad Datu, Anugerah Tunas Alam (Muhammad Izzat Yamin, 16, SMK Agama Baling, Kedah) dan Anugerah Kreativiti Alam (Lim Tsu May, 16, SMK Convent Teluk Intan, Perak). Terdahulu, Timbalan Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Zaki Hamzah dalam ucapan majlis penutup berkata, sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan pihak sekolah dalam program Kempas 2010 melambangkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu alam semula jadi di kalangan masyarakat masa kini. “Bagi melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar, kesedaran haruslah dipupuk pada peringkat awal ibarat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Inilah yang dilakukan oleh UPM dalam usaha melahirkan generasi mesra alam,” katanya. Kem pendidikan peringkat kebangsaan itu melibatkan 30 peserta daripada 10 sekolah dari Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Program tersebut berjalan selama empat hari bermula 13 hingga 16 Disember anjuran UPM dengan kerjasama ExxonMobil, Kementerian Pelajaran dan Berita Harian. Kempas merupakan kesinambungan program Kuiz Sains Alam Semula Jadi yang mula dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan sejak 1997, bagaimana pun sejak 2006 program tersebut telah ditukar daripada kuiz kepada bentuk kem. Pertandingan itu terbuka kepada pelajar tingkatan empat dan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat negeri diadakan secara ujian bertulis manakala peringkat kebangsaan dijalankan dalam bertuk kem dan dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Perhutanan UPM.
first_indexed 2024-03-06T07:16:22Z
format UPM News
id upm.eprints-8826
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T07:16:22Z
publishDate 2010
record_format dspace
spelling upm.eprints-88262013-05-27T07:39:59Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8826/ SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010 Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 16 Disember – Perjalanan jauh ternyata berbaloi bagi sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, apabila mereka muncul juara dalam pertandingan Kem Pendidikan Alam Semula Jadi (Kempas) 2010 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong, di sini. Kumpulan pelajar terbabit berjaya mengutip markah tertinggi dalam kesemua modul pertandingan yang disediakan mengalahkan pasukan daripada sembilan negeri lain sekali gus membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000 berserta piala pusingan dan sijil penyertaan. Salah seorang pemenang, Daniel Ian Obot, 16, berkata selain gembira dengan kemenangan tersebut, program itu banyak memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan menghargai alam sekitar serta meningkatkan kefahaman terhadap pendidikan alam semula jadi melalui kaedah amali. “Selama empat hari berada di hutan kami diberi banyak pendedahan mengenai alam sekitar, flora dan fauna. Di sini juga kami berpeluang melakukan aktiviti pembelajaran dan penyelidikan secara amali untuk mengenali lebih dekat khazanah alam yang terdapat di hutan,” katanya. Tempat kedua, dimenangi oleh pasukan dari SMK Perempuan Sultan Ibrahim Johor manakala tempat ketiga berjaya diduduki pasukan dari Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu, Sabah. Kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM800 dan RM600 berserta sijil penyertaan. Beberapa anugerah lain turut disampaikan termasuk Anugerah Perdana Alam yang dimenangi oleh Fitri Helyani16, dari SMK Wilayah Persekutuan Labuan, Anugerah Kepimpinan Alam dimenangi oleh Mohd. Hafiz Hadi, 16, dari Sekolah SM Sains Lahad Datu, Anugerah Tunas Alam (Muhammad Izzat Yamin, 16, SMK Agama Baling, Kedah) dan Anugerah Kreativiti Alam (Lim Tsu May, 16, SMK Convent Teluk Intan, Perak). Terdahulu, Timbalan Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr. Mohd. Zaki Hamzah dalam ucapan majlis penutup berkata, sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan pihak sekolah dalam program Kempas 2010 melambangkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu alam semula jadi di kalangan masyarakat masa kini. “Bagi melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar, kesedaran haruslah dipupuk pada peringkat awal ibarat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Inilah yang dilakukan oleh UPM dalam usaha melahirkan generasi mesra alam,” katanya. Kem pendidikan peringkat kebangsaan itu melibatkan 30 peserta daripada 10 sekolah dari Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Program tersebut berjalan selama empat hari bermula 13 hingga 16 Disember anjuran UPM dengan kerjasama ExxonMobil, Kementerian Pelajaran dan Berita Harian. Kempas merupakan kesinambungan program Kuiz Sains Alam Semula Jadi yang mula dianjurkan oleh Fakulti Perhutanan sejak 1997, bagaimana pun sejak 2006 program tersebut telah ditukar daripada kuiz kepada bentuk kem. Pertandingan itu terbuka kepada pelajar tingkatan empat dan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat negeri diadakan secara ujian bertulis manakala peringkat kebangsaan dijalankan dalam bertuk kem dan dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Perhutanan UPM. 2010-12-16 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8826/1/SMK_Wilayah_Persekutuan_Labuan_Johan_Kempas_2010.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010. [UPM News] http://www.upm.edu.my/?kat=1&aktvt=berita&kod=201012213551354251721650208
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title_full SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title_fullStr SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title_full_unstemmed SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title_short SMK Wilayah Persekutuan Labuan Johan Kempas 2010
title_sort smk wilayah persekutuan labuan johan kempas 2010
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8826/1/SMK_Wilayah_Persekutuan_Labuan_Johan_Kempas_2010.pdf
work_keys_str_mv AT universitiputramalaysiabahagiankomunikasikorporat smkwilayahpersekutuanlabuanjohankempas2010