Obsolesensi Bahasa Melayu Proto: Masa Depan Dialek Suku Kanaq

Statistik menunjukkan bahawa dialek-dialek Melayu Proto khususnya dan dialek Orang Asli Semenanjung Malaysia amnya sedang memasuki gerbang obsolesensi. Paling teruk terancam ialah dialek Suku Kanaq yang secara relatifnya amat kecil bilangan mereka, iaitu sekitar 86 orang sahaja. Justeru tidak ditemu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yusop, Mohd Sharifudin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Description
Summary:Statistik menunjukkan bahawa dialek-dialek Melayu Proto khususnya dan dialek Orang Asli Semenanjung Malaysia amnya sedang memasuki gerbang obsolesensi. Paling teruk terancam ialah dialek Suku Kanaq yang secara relatifnya amat kecil bilangan mereka, iaitu sekitar 86 orang sahaja. Justeru tidak ditemui lagi keturunan mereka di tanah asal nenek moyang mereka, iaitu Kepulauan Riau-Lingga, ternyata dengan bilangan sekecil itu, masa depan dialek Kanaq turut memasuki era obsolesensi. Keadaan menjadi lebih gawat kerana ancaman demi ancaman mendatang; gejala pertembungan, pergeseran, penganjakan, pengusangan dan penazakan, menjadikan dialek Kanaq semakin tergugat dan menuju ke arah kepupusan. Hasil kajian menunjukkan sumber serumpun BM itu semakin lenyap ditelan arus modenisasi dan globalisasi. Kajian yang dilakukan secara etnografi mendapati bahawa dialek Kanaq sudah semakin didominasi bahasa Melayu standard (BMS) dan para penutur jatinya terutama dalam kalangan generasi muda, sudah berganjak ke BMS.