Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kursus Kemahiran Hidup Perguruan Sekolah Menengah di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih. terhadap aspek kursus Kemahiran Hidup iaitu kepentingan bidang kursus, strategi pengajaran pembelajaran, kepentingan bentuk-bentuk penilaian, tahap persetujuan bentuk-bentuk penilaian, kualiti pensyarah dan isu-isu yang timbul semasa pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Raja Omar, Tengku Adli
Format: Project Paper Report
Language:English
Malay
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8923/1/FPP_1996_2_A.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih. terhadap aspek kursus Kemahiran Hidup iaitu kepentingan bidang kursus, strategi pengajaran pembelajaran, kepentingan bentuk-bentuk penilaian, tahap persetujuan bentuk-bentuk penilaian, kualiti pensyarah dan isu-isu yang timbul semasa perlaksanaan kursus Kemahiran Hidup perguruan sekolah menengah di maktab-maktab perguruan. Populasi kajian adalah semua guru pelatih. semester empat di lima buah maktab perguruan yang menawarkan kursus tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptit: Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih menyatakan bidang kursus yang mereka ikuti adalah penting. Mereka juga melaporkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kerap dijalankan oleh pensyarah adalah amali dan tunjuk cam. Walau bagaimanapun, mereka merasakan aktiviti yang dijalankan bagi setiap bidang kursus masih be1um mencukupi. Aktiviti dalam bidang pedagogi juga tidak menjelaskan kefabaman guru pelatih. Dari segi bentuk-bentuk penilaian, keseluruhan guru pelatih merasakan ianya penting tetapi mereka melaporkan penilaian yang dibuat oleh pensyarah tidak sistematik dan secara keseluruhannya mereka tidak berpuas hati dengan penilaian yang dibuat Pensyarah didapati dapat mewujudkan hubungan yang rapat dengan guru pe1atih dan memiliki kemahiran dalam bidang yang diajar tetapi pengajaran mereka tidak menarik. Manakala isu utama yang ditimbulkan oleh guru pelatih ada1ah banyak bidang yang perlu mereka pelajari sedangkan masa tidak mencukupi.